Euforia Bola 2026
Acara By: Shaidah Shafie October 4, 2019 @ 12:08pm

Smart Women Foolish Choice, menarik untuk dibaca!

Perasaan cinta mahupun kasih sayang yang wujud dalam diri setiap individu adalah satu rasa yang istimewa lebih-lebih lagi apabila perasaan yang dimiliki itu boleh dikongsi dengan individu lain yang tahu menghargainya.

Bagi wanita terutama, lazim dikaitkan dengan elemen setia dan tulus apabila mereka bercinta, namun ada juga segelintir yang tidak bernasib baik menemui kegagalan dalam perhubungan dengan individu berlainan jantina atau lelaki.

Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah (tengah) berkenan melancarkan buku Smart Women Foolish Choices dihasilkan Datin Sharifah Shawati (kiri) sambil diperhatikan Datuk Azlin di Hotel Impiana KLCC, baru-baru ini. Foto: NSTP/SYARAFIQ ABD SAMAD

Intipati berkenaan menjadi titik asas kepada perunding imej yang juga usahawan wanita, Datin Sharifah Shawati Syed Mohamad dalam buku dihasilkan, Smart Women Foolish Choice yang dilancarkan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pelancaran buku berkenaan disempurnakan oleh Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Sharifah Shawati berkata, wanita perlu bijak mengawal hidup agar tidak dimanipulasi mahupun dipergunakan oleh individu lain atau lelaki lebih-lebih lagi apabila ia membabitkan soal hati dan perassan.

“Kisah dan pengaduan mereka yang dibongkar dalam buku ini jelas menunjukkan bahawa dalam mengendalikan perhubungan harmoni dengan sesama manusia, perlu ada pemahaman dan cerdik emosi.

“Ia bagi mengelak persengketaan dan perbalahan yang akan menjerumus kepada masalah patah hati, kemurungan dan hilang keyakinan diri selepas hati mereka dilukai, tidak dihormati, diperlekehkan dan yang paling kronik, penderaan,” katanya pada majlis pelancaran berkenaan.

Katanya penderaan lazim mengingatkan masyarakat terhadap bentuk kekerasan seperti sepak terajang atau pukulan yang menampakkan kesan terhadap tubuh badan mangsa, namun penderaan minda juga adalah satu bentuk kekerasan dan wanita perlu elakkan situasi itu berlaku terhadap diri mereka

“Penderaan juga bukan sahaja merangkumi fizikal, tetapi penderaan mental yang berpanjangan yang mengakibatkan masalah penyakit mental dan hilang semangat dalam diri.

“Sebagai perunding motivasi saya sering menekankan imej positif bukan hanya bersandarkan imej menarik sahaja malah ia merangkumi aspek lain seperti kemahiran berkomuniasi, etika sosial dan penjagaan kesihatan minda, fizikal dan jiwa dalam satu pakej yang lengkap,” katanya.

Yang turut hadir, Presiden Peniagawai Malaysia, Datuk Azlin Ahmad Shaharbi.

Datin Sharifah Shawati Syed Mohamad. Foto: NSTP/SYARAFIQ ABD SAMAD

 

Buku dihasilkan dalam Bahasa Inggeris yang dilancarkan oleh Sultanah Nur Zahirah itu terbahagi kepada sembilan bab yang setiap satu mengupas isu berlegar sekitar kehidupan wanita.

Antara yang menarik ialah bab satu bertajuk Setting A Benchmark sangat bemanfaat untuk direnung dan dihayati kerana Sharifah menulis mengenai bagaimana setiap wanita itu ingin diperlakukan.

Sultanah Nur Zahirah diiringi Sharifah Shawati berkenan melihat gerai pameran sempena majlis pelancaran buku berlangsung. Foto: NSTP/SYARAFIQ ABD SAMAD

Sekiranya mereka ingin dilayan sewajarnya, mereka perlu mewujudkan penanda aras agar individu lain terutama lelaki menghormati pendirian mereka.

Bab lain yang boleh dibaca ialah Limited Belief, Trapped by Infatuation, Love Languages, Patern and Modus Operandi, The Smart Bitch Attitude, Rejection, SWOT Analysis dan Closure and Moving On.

Lebih menarik perhatian, Sharifah turut menyelitkan ungkapan bersifat motivasi daripada tokoh tertentu dalam setiap bab bagi memberi inspirasi positif terhadap pembaca.

Setiap wanita wajar memiliki buku ini kerana ia secara tidak langsung memberi panduan kepada golongan wanita bagaimana untuk menangani perhubungan dengan lelaki sekali gus memastikan agar diri mereka dihormati sewajarnya.

Buku diterbitkan oleh Penerbitan MPH ini boleh diperoleh pada harga RM32.90 di kedai buku MPH seluruh Negara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 19 May 2022

Taylor Swift Kini Bergelar Doktor, Terima Ijazah Kehormat Dari NYU

“I’m now… on paper at least, a doctor!” – Taylor Swift

familuv Sat, 17 Dec 2022

Netizen Sebak Lihat Hubungan Akrab Puteri Balqis & Ibu – “Mereka Harungi Liku Kehidupan Bersama…”

Tular perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang menunjukkan keakraban dan kemesraan pelakon Puteri Balqis dan ibu, Norashikin Mohd Aziz, baru-baru ini. Menerusi hantaran tersebut, Norashikin sentiasa menemaninya dan turut berada di sisi […]

Featured Wed, 29 Dec 2021

“Kalau Bagi Tahu Nanti, Orang Kata Buat Kontroversi” – Perkongsian Terbaru Aliff Syukri Di Hospital Buat Netizen Tertanya-Tanya

Baru-baru ini usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri memuat naik sebuah hantaran di Instagram miliknya meminta orang ramai untuk mendoakannya supaya kuat dan tabah.   View this post on Instagram A post shared by Aliff […]

Featured Fri, 22 Dec 2023
Featured Wed, 30 Nov 2022

“Dia Pernah Masuk Lokap, Tapi…” – Dakwa Dianaya Selama 3 Tahun & Dipukul Hampir Separuh Nyawa, Bekas Isteri Afiq Muiz Tunjuk Bukti Mata & Badan Lebam

Allahh, teruknya lebam dekat mata tuu 🥵😭 Perkara macam ni takkan nak dibuat main kan? Hmm apapun semoga dipermudah segala urusan buat mereka

Featured Fri, 10 Aug 2018

Kanak-Kanak Ini Berkaki Kudung Tapi Tetap Dipilih Menjadi Model Cilik, Inspiring Sungguh!

Dia tak biarkan kecacatannya menghalangnya daripada mencapai cita-cita.

Featured Sat, 27 Dec 2025

“Saya Ambil Dari Sudut Positif” – Siti Nurhaliza Hargai Adab Peminat, Anggap Reaksi Spontan Itu Normal

Menurut Siti, dunia media sosial sememangnya bergerak pantas dan kebanyakan perkara berlaku secara spontan.

Featured Wed, 31 Jan 2018

Duit VS Cinta

Duit bukan segalanya-galanya, namun pada masa sekarang segala-galanya perlukan duit. Tapi, jika diberi pilihan antara duit dan cinta, yang mana satu menjadi pilihan utama anda?

Featured Fri, 24 Sep 2021

Asyik Pegang Perut, Betul Ke Neelofa Kini Hamil?

Awwwww… Macam ye je ❤❤❤

error: Content is protected !!