Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops May 15, 2020 @ 9:11pm

Solekan pemanis mulut gadis-gadis ini buat ramai terliur

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu bukan sahaja menjadi platform untuk orang ramai memperlihatkan bakat mereka dalam masakan, malah ada juga yang mempamerkan bakat mereka dalam bidang solekan.

Seorang pengguna laman sosial Instagram, Julianne Sebastian tampil kreatif dengan berkongsi solekan mata berinspirasikan kuih tempatan yang popular.

solekan unik kreatif

Kredit gambar: Twitter Julianne Sebastian

Idea solekan berinspirasikan kuih kegemarannya, kuih lapis itu tercetus memandangkan Hari Raya semakin hampir dan solekan itu mungkin boleh menceriakan suasana sambutan Hari Raya yang bakal dirai ketika musim PKP Bersyarat (PKPB).

solekan unik kreatif

Kredit gambar: Twitter Julianne Sebastian

Selain itu, Julianne turut berkongsi solekan rakan-rakannya iaitu @elleana_yhya dengan solekan sago gula Melaka, @lifestylebydee (kuih tepung pelita) dan @keeracakedherface (kuih lompang).

solekan unik kreatif

Kredit gambar: Twitter Julianne Sebastian

Wah, memang kreatif dan nampak menyelerakan! Kuih yang dipilih mereka adalah antara kuih-muih yang popular sebagai juadah berbuka ketika Ramadan. Rata-rata pengikut meninggalkan komen positif dan menyukai solekan mereka yang menarik itu.

Sementara itu di laman sosial Twitter, seorang gadis bernama Nuha turut berkongsi solekan berinspirasikan kuih seri muka, kuih lapis, biskut semperit dahlia dan juga ketupat.

solekan unik kreatif

Kredit gambar: Twitter Nuha

solekan unik kreatif

Kredit gambar: Twitter Nuha

Perkongsian gadis itu menerima sebanyak 30,000 tanda suka sejak dikongsi pada 14 Mei lalu. Nampaknya, musim PKP yang dilaksanakan telah digunakan oleh gadis-gadis itu untuk mengasah lagi bakat serta teknik solekan mereka dengan menghasilkan solekan yang kreatif dan menarik.

solekan unik kreatif

Kredit gambar: Twitter Nuha

Mana satu solekan pilihan anda?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 23 Apr 2020

Pesakit kencing manis boleh atur pengambilan ubat sepanjang Ramadan

Minta nasihat doktor agar penyakit dapat dikawal

Featured Sun, 7 Oct 2018

Jika Kereta Anda Terperangkap Dalam Banjir, 5 Perkara Ini Wajib Anda Buat!

Jangan sesekali hidupkan enjin kereta anda jika terperangkap dalam banjir.

Featured Fri, 21 Jun 2024
Featured Fri, 26 Aug 2022
Featured Tue, 17 Mar 2020

Cetak atas cetak, anda berani memperagakannya?

Benarkah rekaan ini untuk orang cantik saja?

Featured Sat, 29 Jun 2024

Syafeek Ikhwan Bangkit, Tebus Kekecewaan Menerusi Lagu ‘Penunggu’

Sabarlah Syafeek, moga segala usaha dan penat lelah berbayar dengan rezeki mencurah-curah🤲

Featured Fri, 17 May 2019
Eat Travel Tue, 31 Mar 2020

Cara buat roti jala corak segi empat

Resipi mudah Mariana Zainal

error: Content is protected !!