Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 18, 2024 @ 9:20am

[VIDEO] Isteri Hafidz Roshdi Kini Sedang Hamil? Empunya Badan Enggan Komen

Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Athira Yuhada enggan memberikan komen ketika ditanya berkenaan dakwaan dirinya sedang hamil.

Memetik laporan BH Online, Athira juga enggan mengulas kehidupan selepas mendirikan rumah tangga dengan Hafidz.

“Berbadan dua? Saya tiada komen. Doakan yang baik-baik.

“Boleh tak kalau tak nak bercerita mengenainya (kehidupan selepas berkahwin)? Saya nak bercerita mengenai Sijil Kemahiran Malaysia sahaja,” katanya.

Athira ditemui pada Majlis Konvokesyen Badan Peneraju Industri Seni Budaya 2024 di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), semalam.

Hafidz turut hadir bagi memberi sokongan pada isteri tercinta yang menerima Sijil Kemahiran Malaysia dalam kategori nyanyian.

Mengulas adakah privasi terganggu selepas kontroversi membabitkan suami dan dirinya, Athira hanya menjawab ringkas.

“Saya tidak ambil tahu. Tapi, sebelum ini pun tak pernah jadi buruan media,” katanya.

Tidak mahu memanjangkan temu bual yang menyentuh kehidupan peribadi, Athira hanya mahu berkongsi mengenai Sijil Kemahiran Malaysia kategori Nyanyian yang diterima pada majlis terbabit.

Mengulas mengenai sijil diterima, Athira mendedahkan dia sudah mendalami dunia nyanyian sejak berusia 10 tahun dan kini adalah menjadi tenaga pengajar di Permata Seni Koir.

“Saya mula menyanyi sejak berusia 10 tahun dengan menyertai Koir Remaja Kebangsaan. Dari situ, saya diserapkan ke Koir Kebangsaan Malaysia dan sekarang menjadi tenaga mengajar Permata Seni Koir.

“Sudah lima tahun saya mengajar. Saya ambil sijil ini pun sebab Permata Seni Koir. Ini kerana ia memberi manfaat kepada pendidikan.

“Saya mengajar pelajar berusia antara tujuh sehingga 16 tahun berkenaan teori muzik, bagaimana nak membaca nota dan bagaimana nak menyanyikannya,” katanya.

Walaubagaimanapun, Athira tidak mempunyai minat melebarkan sayap kerjaya sebagai penyanyi meskipun mempunyai pengetahuan dalam bidang muzik.

“Saya tidak berminat jadi penyanyi. Ini hanyalah kerja sampingan dan hobi. Hafidz tidak pernah suruh jadi penyanyi atau artis. Dia hanya sokong sahaja apa yang saya buat,” katanya.

Selain Athira, penyanyi Noraniza Idris dan Roslan Madun juga antara penyanyi yang menerima Sijil Kemahiran Malaysia kategori Nyanyian pada Majlis Konvokesyen Badan Peneraju Industri Seni Budaya 2024 di PJPAC, semalam.

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 18 Apr 2025

Langgan Tonton Serendah RM8 & Menang Smart TV? Seriuslah!

Nak layan drama bersiri yang buat hati berdebar, variety show lawak tahap pecah perut, dan filem tempatan mantap, all in one place? Tak payah dah susah-susah scroll merata, Tonton dah sediakan semuanya untuk korang! Sekarang […]

Hiburan Sun, 25 Nov 2018
Hiburan Thu, 26 Mar 2026

Sibuk Bekerja Waktu Puasa & Raya, Ezzanie Jasny Akui Sedih Banyak Terlepas Momen Indah Bersama Keluarga – “Tahun Depan Nak Rehat”

Ezzanie turut berkongsi hasrat untuk mengambil rehat pada tahun hadapan agar dapat lebih menghargai momen bersama insan tersayang tanpa gangguan kerja.

Hiburan Thu, 16 May 2019

‘Doa Yang Baik-Baik’- Ezlynn Dah Jumpa Pengganti?

Doa yang baik-baik untuk Ezlynn, mana tahu jodoh sampai lepas Raya ni ke?

Politik Tue, 22 Nov 2022

PRU15: Ketua Polis Negara Mohon Rakyat Tidak Cetuskan Sebarang Provokasi

Ketua Polis Negara mohon rakyat tidak ancam ketenteraman awam

Trending Sat, 29 Jan 2022

“Saya Beranikan Diri DM IG Selepas Melihat Dia Di Melodi TV3” – Dilamar Di Madinah, Zulin Aziz Bakal Nikah 20 Februari 2022

Pelakon, pengacara dan penyanyi, Zulin Aziz, 33, bakal melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihannya, Farhan Norzaini, 35, pada 20 Februari ini. Zulin dan Farhan selamat mengikat tali pertunangan pada Jumaat dalam satu majlis yang diadakan di […]

Featured Fri, 20 Sep 2024

Mengaku Pernah Berkahwin, Hati Ustaz Wadi Annuar Masih Belum Terbuka – “Semalam Ada Orang Datang Meminang Saya”

Banyak betul Ustaz Wadi Annuar spill dalam podcast kalini!❤️❤️❤️

Hiburan Wed, 4 Jul 2018

《欢喜第1等》总决赛708 云顶云星剧场引爆!

历经5个月的鏖战《欢喜第1等》5强歌手出炉,黄威尔、田育慈、胡缋颐、张引山以及Gary徐梽豪随即迎来总决赛,展开属于王者的终极对决!

Hiburan Sat, 2 Feb 2019

Giliran Aisyah Aziz Pula Nyanyi Lagu Hael Husaini…

Penyanyi asal Singapura, Aisyah Aziz terus mengorak langkah dalam dunia nyanyian dengan single terbarunya berjudul ‘Bila Entah’. Berbekalkan pakej lengkap, penyanyi yang memiliki keunikan suara dan bakat serba boleh ini berpeluang menyanyikan karya ciptaan komposer […]

Hiburan Fri, 24 Apr 2026

Lagu Baharu Dikritik Tak Sesuai Dengan Vokal, Syamel Tenang Terima Pandangan Negatif Netizen

Rata-rata netizen mengatakan lagu tersebut tidak sesuai dengan vokal Syamel yang dikatakan lebih gemersik dan menyentuh jiwa sekiranya menyanyikan lagu-lagu ballad.

error: Content is protected !!