Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 23, 2018 @ 9:04am

Spesifikasi Kirin 980 Tertiris, Cip Dengan Kelajuan 2.8Ghz

Huawei telah memperlengkapkan sejumlah peranti flaghsip mereka tahun lalu dan 2018 dengan cip pemprosesan 970. Hadir dengan ciri kecerdasan buatan, cip terbabit bakal menerima pengganti berdasarkan khabar angin yang sedang berlegar ketika ini.

Difahamkan spesifikasi cip Kirin 980 sudah tertiris dengan kelajuan maksimum pada kadar 2.8GHz dibantu oleh 4 teras Cortex A77 dan 4 teras Cortex A55.

Cip itu juga dibayangkan 1.5 lebih laju berbanding Adreno 630 yang ketika ini dipadankan dengan Snapdragon 845.

Bakal dibina menggunakan Fin Field Effect Transistor (FinFET) 7nm buatan Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC), Kirin 980 menjanjikan 20% peningkatan prestasi beserta 40% penjimatan kuasa.

Khabar angin yang digarap dari ITHome menyatakan 4-teras Cortex A77 mampu menggapai kelajuan maksimum sehingga 2.80GHz, sementara keupayaan 4-teras Cortex A55 masih belum dapat dipastikan lagi.

Selain itu, cip pemprosesan ini akan memfokuskan terhadap kecerdasan buatan dan generasi NPU seterusnya berupaya melaksanakan 5 trilion pengiraan perwatt. Ketika ini perisian AI banyak digunakan dalam memperkemaskan imej yang diambil menggunakan kamera, dan mungkin Huawei mahu mengembangkan lagi ciri tersebut.

Peranti yang diramal menggunapakai Kirin 980 adalah Huawei Mate 20 dan Huawei Mate 20 Pro yang mungkin dilancarkan pada penghujung tahun 2018.

Sumber: It Home

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Fri, 13 Jul 2018

Google Chrome Kini Menggunakan Lebih Banyak RAM Dalam Menghadapi Kerentanan Spectre

Pelayar Chrome tidak dinafikan sebagai salah satu pelayar popular digunakan oleh orang ramai. Merupakan sebuah produk Google, integrasinya bersama-sama produk popular Google yang lain seperti Gmail dan YouTube membuatkan pengguna senang memilih Chrome berbanding pelayar–pelayar lain. Walau bagaimanapun, Chrome juga […]

TECH Fri, 9 Aug 2019

Kena Fitnah di WhatsApp, Facebook?

Rupanya ini cara-caranya. Boleh disimpan jika terjadi apa -apa

Automobile Wed, 14 Mar 2018

苹果无线充电底座终于要来了!

无线充电这项技术对于众多安卓手机来说已经不新鲜了,但是对于苹果手机用户来说,却是个「新技术」。对于不少手握iPhone 8、8 Plus以及X的用户来说,他们都在苦等苹果一样神器,那就是AirPower无线充电器,到底它会在何时上市开卖呢?

Automobile Tue, 9 Oct 2018

汽车「轻量化」会否影响安全?

汽车「轻量化 Lightweight」逐渐普及化,究竟轻量化会否影响安全?

TECH Sun, 25 Feb 2018

7 Things You Need To Know About Brand New Samsung Galaxy S9 and S9+

Samsung Galaxy S9 and S9+ will launch really soon and there are so many amazing features you need to check out.

TECH Tue, 10 Jul 2018

Cara Untuk Mematikan Notifikasi Pada Chrome Dan Mozilla Firefox

Paparan notifikasi yang selalu “Pop – Up” dengan pelbagai permintaan sememangnya agak menjengkelkan kita. Berikut kami kongsikan cara – cara untuk anda matikan kemunculan notifikasi pada Chrome dan Mozilla.

TECH Tue, 24 Sep 2019

Elak WiFi Rumah Anda Dari Digodam Ini Caranya

Pernahkah WiFi rumah anda digodam?Antara punca utamanya adalah disebabkan oleh kecuaian pengguna itu sendiri.

TECH Mon, 5 Nov 2018

孩童玩的App游戏都安全吗?密西根大学:超过9成都有偏差诱导内容!

孩童使用的App安全吗?根据美国密西根大学公布的一份报告,大部分App都含有不适当内容,可能误导学龄前孩子的价值观。

Automobile Tue, 6 Feb 2018

KALAU ADA KERETA ELEKTRIK, MINYAK TURUN TAK?

Kalau ada kereta elektrik, harga minyak boleh turun tak?

TECH Mon, 19 Mar 2018

Gambar Blur? Jom Baca Bagaimana Cara Memulihkan Gambar Blur

Pasti anda susah hati kalau gambar yang diambil dengan secara tak sengaja menjadi blur.

error: Content is protected !!