Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Enal December 25, 2017 @ 4:43pm

Spesifikasi Snapdragon 670, 640, Dan 460 Tertiris

Pada acara teknologi awal Disember yang lepas, Qualcomm telah mengumumkan cip pemprosesan flagship mereka iaitu Snapdragon 845 dan berdasarkan laporan terbaru, ia akan disusuli dengan tiga lagi versi untuk telefon pintar kelas pertengahan dan kelas mampu milik.

Versi yang dimaksudkan adalah Snapdragon 670, Snapdragon 640, dan Snapdragon 460 yang mana spesifikasinya sudah mula tertiris di laman Weibo.

Snapdragon 670

Cip ini disebut sebagai pengganti kepada Snapdragon 660 dan perubahan ketara yang boleh dilihat adalah ia dibangunkan dengan rekaan 10nm. Cip ini berupaya memberi sokongan untuk kamera telefon pintar sehingga 26MP atau tetapan dwi kamera gabungan lensa 13MP+13MP.

Ia juga disasarkan untuk model telefon pintar kelas pertengahan atas dan model permulaan flagship.

Snapdragon 640

Cip tahap rendah ini dilengkapi dengan dua teras Kryo 360 pada kadar 2.15GHz dan enam teras lagi pada kadar 1.55Ghz. GPU yang digunakan pula adalah Adreno 610, manakala berkongsi pemproses isyarat imej (ISP) yang sama dengan Snapdragon 670 iaitu, dwi 14-bit Spectra 260 ISP.

Snapdragon 460

Dilengkapi modem yang sama dengan seperti Snapdragon 640 dan menyasarkan peranti mampu milik. Tidak mempunyai sistem cache dan sokongan kamera sehingga 21MP dengan Spectra ISP 240. Cip ini dibangunkan dengan teknologi 14nm dan bukannya 10nm seperti dua cip diatas.

Sumber: DealnTech / wiser.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Thu, 5 Jul 2018

Xiaomi Mi Mix 3 Mungkin Dilengkapi Dengan Kamera Hadapan Keluar Masuk

Siri Mi Mix memang cukup terkenal dengan ukuran skrin paparan yang luas terbentang bersama bezel nipis. Walaupunbegitu, takuk masih menghiasi bahagian penjuru model berkenaan bagi menempatkan lensa kamera swafoto. Tetapi kehadiran teknologi kamera pop-up dilihat bakal mengubah tren takuk. […]

TECH Thu, 19 Jul 2018

Google Beri Amaran Sistem Android Mungkin Tidak Akan Hadir Secara Percuma Lagi

Seperti yang telah kami laporkan sebelum ini, Google telah dikenakan tindakan saman oleh Suruhanjaya Kesatuan Eropah(EU) atas dakwaan memaksa penggunaan aplikasi mereka pada setiap peranti yang menggunakan sistem Android. Antara aplikasi yang terlibat ialah Chrome dan Google Search. Menurut […]

TECH Mon, 21 May 2018

Mahu Terus Fokus Pada YouTube, Aplikasi Vevo Bakal Ditutup

YouTube adalah teras utama perkhidmatan sindikasi muzik iaitu aplikasi Vevo. Terbaharu, syarikat itu mengumumkan perancangan untuk lebih memfokuskan kepada laman perkongsian video itu berbanding aplikasinya.

Automobile Wed, 28 Mar 2018

A Car Vending Machine? What?!

This isn’t a toy car vending machine. It’s a life-size car vending machine!

TECH Mon, 7 Jan 2019

3 Kesilapan Terbesar Yang Mungkin Anda Buat Apabila Membeli Telefon Pintar

Berikut kami kongsikan kesilapan-kesilapan terbesar yang yang sering dilakukan oleh pengguna apabila membeli telefon pintar.

LIFESTYLE Wed, 9 Jan 2019

Berita Baik Untuk Semua, CJ WOW Shop Kini Boleh Di Tonton Sepanjang Hari!

Beli belah anda di rumah lebih mudah dengan CJ WOW SHOP hanya disaluran ntv7 dan TV9!

TECH Mon, 22 Jan 2018

Cara Install Always On Display di Semua Smartphone Samsung Tanpa Root

smartphone Android tidak mati dengan menampilkan jam, kalender hingga notifikasi tertentu.

TECH Wed, 19 Sep 2018

Menambahkan Lokasi Perniagaan Anda Pada Google Maps

Kepada anda yang mempunyai perniagaan sendiri atau ingin kemaskini lokasi bagi sesuatu tempat, berikut kami kongsikan tutorialnya.

TECH Sun, 5 Jan 2020

5 Permainan Video Paling Berpengaruh

  Permainan video telah mengalami landskap perubahan yang ketara dalam teknologi, model perniagaan dan pasarannya, yang kini termasuk lebih banyak pemain wanita dan penonton yang puratanya lebih berusia. Mungkin anda tertanya, apakah 10 permainan video paling […]

TECH Mon, 23 Jul 2018

TM Dan TNB Batal Kerjasama Sediakan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi

Telekom Malaysia bersama Tenaga Nasional Berhad telah menjalin kerjasama menyediakan jalur lebar berkelajuan tinggi melalui Pelan Fiber Seluruh Negara. Perjanjian persefahaman itu telah ditandatangani pada awal Januari yang lalu namun dilaporkan ia telah dibatalkan dua […]

error: Content is protected !!