Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 16, 2022 @ 2:18pm

Stacy Umum Berita Gembira, Kini Hamil 4 Bulan – “Tak Boleh Nak Tutup Dah, Perut Dah Besar”

Penyanyi Stacy Anam akhirnya berkongsi berita gembira mengenai kehamilannya menerusi sebuah program hiburan di stesen televisyen berbayar pada Selasa.

Stacy atau nama sebenarnya, Syaikhah Stacy Anam, 32, memaklumkan mengenai perkara itu apabila sering diasak dengan soalan yang sama sejak beberapa bulan lalu.

Malah, sebelum ini warganet mendakwa terlihat ‘baby bump’ komposer dan penulis lirik itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Justeru itu, tanpa berselindung, pelantun lagu Gagap ini akhirnya mengakui kesahihan perkara tersebut dan memaklumkan dia kini sedang hamil empat bulan.

“Kalau dah tak boleh nak tutup, dah pecah lubang tu iya lah. Alhamdulillah, ya betul saya hamil empat bulan.

“Tapi tak boleh sembunyi dah, besar dah perut ,” katanya.

Terdahulu, sebelum mendirikan rumah tangga bersama Akim Ahmad, Stacy memiliki seorang anak angkat, Bella De Luna Valentina, 9, dan dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Eshaal Afiq Hakim, yang kini berusia 5 tahun hasil perkahwinannya bersama Akim pada 2016.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 24 Nov 2017

PESONA 4 GAUN PERKAHWINAN SELEBRITI YANG MENJADI BUALAN

Antara wedding dress yang menjadi perhatian para wartawan dan tetamu yang hadir. Nak tahu wedding dress tersebut milik siapa?

Featured Thu, 25 Sep 2025

Nina Ismail Sabri Dedah Momen Lucu, Suami Silap Teka Ujian Kehamilan Sebagai Positif Covid 

Nina berkata, itu adalah momen paling mengujakan buat dia dan suami.

Featured Sat, 21 Aug 2021
Trending Sat, 21 Mar 2020

COVID-19: Jakarta Isytihar Darurat 14 Hari

Gabenor Daerah Khusus Indonesia (DKI) Jakarta, Anies Baswedan telah mengisytiharkan darurat selama 14 hari bagi ibu negara Republik itu ekoran ancaman wabak Covid-19. Perintah darurat ini telah disampaikan sendiri oleh beliau menerusi sebuah sidang media […]

Hiburan Wed, 27 Sep 2023
Trending Sun, 13 Sep 2020
Hiburan Thu, 1 Aug 2024

Persiapan Sudah Selesai, Jeslina Hashim Menghitung Hari Bahagia Kahwin Dengan Kerabat Diraja 

Weee tak sabar nak tengok wedding Jeslina Hashim, mesti grand!

Hiburan Mon, 23 Dec 2019

Muncul Juara GV6, Naqiu Simpan Hajat!

Tahniah Naqiu & Hady Mirza!

Featured Thu, 24 Nov 2022

“Pendarahan Masih Berterusan Secara On-Off”- Ungku Ismail Mohon Doa Untuk Nad Zainal

Ramai artis yang terlibat mendoakan dan membacakan Yassin buat Nad Zainal…

error: Content is protected !!