Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Padin September 28, 2025 @ 3:25pm

“Suami Sembunyi Masalah S*ksual, Akhirnya Isteri Tampil Cari Bantuan” – Dr Samhan

Nama pempengaruh popular Dr Samhan bukan sahaja dikenali sebagai doktor bertauliah, malah turut mendapat perhatian sebagai personaliti media sosial yang lantang mengupas isu kesihatan.

Terbaharu, pemililk nama penuh Dr Ahmad Samhan Awang ini memberi tumpuan kepada masalah kesihatan seksual lelaki yang menurutnya masih diselubungi stigma dan rasa malu dalam kalangan masyarakat.

“Ramai lelaki memilih untuk menyembunyikan masalah mereka, tetapi akhirnya isteri pula yang terpaksa tampil mendapatkan bantuan. Kesihatan seksual lelaki bukan hanya isu peribadi, sebaliknya memberi kesan besar kepada keluarga dan masyarakat.

“Bila lelaki sihat, rumah tangga lebih bahagia, dan kehidupan mereka juga lebih berkualiti,” katanya ketika berucap pada Seminar Pengukuhan dan Sambutan Bulan Kesedaran Kesihatan Lelaki anjuran Klinik Kesihatan Sungai Besi dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kajian antarabangsa menunjukkan dua daripada tiga lelaki berisiko mengalami masalah seksual seperti mati pucuk (Erectile Dysfunction, ED) dan pancut awal (Premature Ejaculation, PE) sepanjang hayat mereka. Situasi ini bukan sahaja boleh menjejaskan keyakinan diri, malah mengancam keharmonian rumah tangga sekiranya tidak dirawat dengan betul.

Menurut Dr Samhan, punca ED dan PE boleh datang daripada pelbagai faktor termasuk kesihatan dalaman seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, tahap hormon rendah, selain gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan tekanan mental yang berpanjangan.

“Kabar baiknya, terdapat pelbagai rawatan dan penyelesaian. Daripada langkah asas seperti berhenti merokok, mengawal paras gula dalam darah dan bersenam, hinggalah kepada kaedah moden seperti rawatan shockwave yang membantu meningkatkan aliran darah zakar,” jelasnya.

Tambahnya, senaman kegel, teknik kawalan diri serta pengambilan makanan tambahan yang berdaftar dan selamat turut terbukti membantu meningkatkan tahap kesihatan seksual lelaki.

“Masalah ini tidak wajar dianggap aib kerana dengan rawatan awal, sokongan klinikal dan pendekatan gaya hidup sihat, ramai lelaki mampu pulih dan kembali menjalani kehidupan normal,” katanya.

Seminar berkenaan turut menekankan tentang pentingnya memecahkan mitos dan salah faham berhubung kesihatan seksual lelaki. Ia juga menekankan kepentingan rawatan awal dan sokongan keluarga untuk membantu lelaki lebih berani tampil ke hadapan mendapatkan nasihat pakar.

“Saya berharap program sebegini dapat menjadi medium berterusan dalam menghapuskan stigma serta mendidik masyarakat bahawa kesihatan lelaki adalah sebahagian penting daripada kesihatan keluarga dan kesejahteraan negara,” ujar Dr Samhan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Samhan (@dr_samhan)

HIM Wellness Sdn. Bhd. yang diterajui Dr Samhan berpangkalan di Kuala Lumpur berperanan aktif dalam meningkatkan kesedaran kesihatan lelaki melalui pendidikan, konsultasi profesional dan program kesedaran masyarakat.

Usaha ini seiring dengan aspirasi KKM yang mahu memperkukuh kesihatan awam menerusi pendekatan pencegahan, rawatan dan pendidikan berterusan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Oct 2023

Selepas Bercerai, Netizen Komen Nadia Annuar Makin Kurus Pula! Ini Jawapan Tuan Badan – “Terlebih Bahagia..”

‘Dulu suka masak untuk orang tersayang, sekarang makan pun sorang…” – Nadia Annuar

Hiburan Thu, 9 Jan 2020
Hiburan Sat, 21 Jul 2018

Strategi Menjadi, Kim Kardashian Jana RM 20 Juta Dalam 5 Minit Je!

Nampaknya, percaturan Kim memang betul menjadi. Apa tidaknya, hanya menjual dalam talian, Kim berjaya mengurangkan kos produksi, iklan dan operasi kedai.

Featured Wed, 18 Jun 2025

Isteri Selamat Bersalin Anak Lelaki, Fizo Omar Syukur Diberi Peluang Sambut Kelahiran Bayi

Fizo Omar meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Fazeera Nazri selamat melahirkan anak keempat mereka yang juga seorang bayi lelaki.

Hiburan Sat, 20 Jul 2019

Akim Lawan Dengan Isterinya!

Haa gaduh ke lawan ni?

Featured Tue, 4 Jul 2023
Hiburan Fri, 29 Nov 2019

RM2,000 Sebulan Peruntukan Ruhainies Untuk Penjagaan Diri

Untunglah cantik dan kurus! Tak payah buat apa pun!

error: Content is protected !!