Euforia Bola 2026
Anugerah By: Atiqah Johari March 13, 2023 @ 12:04am

‘Suamiku Lelaki Pendosa’ Drama Terbaik! Semak Keputusan Penuh Pemenang Tonton Anugerah Drama Sangat 2023

Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS) 2023 telah berlangsung dengan meriah sebentar tadi bagi meraikan penggiat drama di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Anugerah ini meraikan para pemenang yang telah dicalonkan menerusi 15 kategori termasuk lapan kategori yang dibuka untuk undian.

Malam anugerah dihoskan oleh pasangan hos yang serba boleh dan berpersonaliti menarik iaitu Sherry Alhadad dan Sharifah Shahirah.

Trofi anugerah sebentar tadi disampaikan oleh pelakon tanah air iaitu Janna Nick, Zahirah Macwilson, Siti Khadijah Halim, Zara Zya, Hisyam Hamid, Fasha Sandha, Daniel Fong, Jan Chin, MK K-Clique, Nabila Razali, Meerqeen, Anna Jobling, Nabila Huda, Ummi Nazeera, Izzue Islam, Riena Diana, Sabri Yunus, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Datuk Rosyam Nor dan Faizal Hussein.

Lebih menarik, acara ini dihangatkan lagi dengan persembahan istimewa daripada barisan penyanyi jemputan seperti Stacy, Mimi Fly, Amir Masdi, Rahmad Mega, Zaki Yamani, Yamani Abdillah, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan, Ayda Jebat, Fyna Jebat, Wani Kayrie, Bella Astillah, Ernie Zakri, Liza Hanim, Misha Omar dan juga Hael Husaini.

Ini Keputusan Penuh Pemenang Tonton Anugerah Drama Sangat 2023

 

1. PELAKON ANTAGONIS TERBAIK – GAMBIT SAIFULLAH (SUAMIKU LELAKI PENDOSA)

2. PENULIS SKRIP TERBAIK – WAN MAHANI WAN HASSAN & MAIZURA MOHD EDERIS (AYAHANDA)

3. DRAMA ADAPATASI NOVEL TERBAIK – MELUR UNTUK FIRDAUS (A-TEN ALLIANCE)

4. BBNU TONTON- ANIQ SUHAIR (TAHYUL)

5. PASANGAN DRAMA TERBAIK- MEERQEEN & ANNA JOBLING (MELUR UNTUK FIRDAUS)

6. OST TERBAIK- NAFAS CINTA- KHAI BAHAR & AINA ABDUL (KEKASIH HATI MR BODYGUARD)

7. DRAMA TERBAIK 8TV- MY DREAM MY WISH

8. PELAKON LELAKI TERBAIK- DATO AARON AZIZ (SUAMIKU LELAKI PENDOSA)

9. PELAKON WANITA TERBAIK- UMMI NAZEERA (RISIK PADA HATI)

10. OPPA PILIHAN TONTON- CHA EUN WOO (TRUE BEAUTY)

11. PELAKON LELAKI POPULAR- REDZA ROSLI (KEKASIH HATI MR. BODYGUARD)

12. PELAKON WANITA POPULAR- ANNA JOBLING (MELUR UNTUK FIRDAUS)

13. DRAMA POPULAR- BISIK-BISIK GELORA (GLOBAL STATION SDN BHD)

14. PENGARAH TERBAIK- EYRA RAHMAN (SUAMIKU LELAKI PENDOSA)

15. DRAMA TERBAIK- SUAMIKU LELAKI PENDOSA (GLOBAL STATION SDN BHD)

Tahniah diucapkan kepada para pemenang Tonton Anugerah Drama Sangat 2023!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 21 Sep 2018

Aiman Hakim Buka Mulut, Jawab Tuduhan Fathia Latiff

Diharap kontroversi ini dapat diselesaikan dengan baik okay!

Featured Wed, 13 Oct 2021

Terjejas Akibat Pandemik, Forum Perniagaan PKS BH Bantu Usahawan

Kegiatan ekonomi di Malaysia jelas terkesan sejak wabak Covid-19 melanda terutama terhadap Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Ketika negara kita telah memasuki fasa endemik, sedikit sebanyak memberi sinar baru kepada para usahawan PKS. Terdapat hampir […]

Featured Thu, 20 Jun 2019

Elak kecederaan lutut ketika bersukan, jangan sesekali abaikan rutin memanaskan badan!

Pastikan anda memanaskan badan lima hingga ke 10 minit.

Hiburan Wed, 21 Sep 2022
Featured Tue, 31 Jan 2023
Hiburan Tue, 22 Oct 2019
Featured Tue, 23 Aug 2022

Dedah Punca Pemergian Abang Sulung, Uyaina Arshad Minta Orang Ramai Buat Pemeriksaan Kesihatan – “Kena Beringat Ajal Tak Kira Usia”

Allahu sebaknya 😭 Semoga Uyaina sekeluarga terus tabah hadapi ujian ini 😊Al-Fatihah buat Mejar Dr Mohd Attaful Uzair bin Arshad 🥀

error: Content is protected !!