Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 9, 2018 @ 3:46pm

“Subtitle” Filem Terus Daripada VLC Media Player

Kami yakin ramai diantara anda yang sudah biasa dengan pemain media jenis VLC dek kerana kemampuannya untuk memainkan pelbagai jenis format video tanpa ada sebarang masalah.

Namun tahukah anda bahawa pemain jenis VLC boleh diubahsuai agar tersedia dengan “Built in Subtitle” atau dengan kata lain sarikata filem yang boleh terus diperolehi daripada pemain itu sendiri ? Tanpa perlu bersusah payah membuat carian di Google dan sebagainya.

Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah-langkah berikut.

Masuk ke pautan berikut dan muat turun file seperti dalam gambar

Kemudian salin fail yang telah di muat turun tersebut

 

Setelah itu, tampalkan fail tersebut ke C:Program Files (x86)/VideoLAN/VLC/lua dan buat folder baru dengan nama extensions. Lalu, paste fail VLsub ke dalam folder itu.

Seterusnya, buka VLC Media dan klik View. Di situ akan ada pilihan VLsub.

Maka apabila anda sedang mainkan filem yang tiada sarikata, klik pada VLsub. Selanjutnya, anda akan melihat pop up dan cari “subtitle” sesuai dengan apa yang anda tonton dengan klik Search by hash.

Apabila sudah berhasil mencari subtitle yang diinginkan, pilih salah satu kemudian klik Download selection. Selesai.

 

Dengan itu anda tidak perlu lagi mencari sarikata untuk filem seperti apa yang anda lakukan sebelum ini. Selamat mencuba.

Sumber : wiser.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Fri, 13 Jul 2018

Blackmagic eGPU Tambah Sentuhan Magis Kepada MacBook Pro

Seiring dengan pelancaran MacBook Pro 2018 oleh Apple Inc., mereka juga menambah satu lagi perkakasan yang boleh membuatkan MacBook Pro sedia ada lebih berkuasa daripada biasa. Blackmagic eGPU, sebuah unit pemprosesan grafik yang boleh digunakan bersama-sama dengan […]

TECH Wed, 11 Jul 2018

Antutu Senaraikan 10 Telefon Pintar Yang Paling Digemari Untuk Jun 2018

Selepas hadir dengan senarai 10 Telefon Pintar Terbaik Jun 2018, Antutu sekali lagi berkongsi maklumat mengenai 10 telefon pintar yang paling digemari untuk bulan terbabit. Model tersenarai merupakan peranti Android yang mendapat penilaian tertinggi dari pengguna aplikasi Antutu […]

TECH Mon, 23 Jul 2018

PUBG Buang Topeng “Rising Sun” Dari Dalam Permainan

Di dalam permainan PUBG, pemain diberi pilihan untuk melengkapkan diri mereka dengan barangan-barangan yang boleh dicari sepanjang permainan berjalan. Barangan-barangan terdiri daripada pakaian, kelengkapan perang serta senjata api dari pelbagai jenis tetapi baru-baru ini, syarikat […]

TECH Wed, 16 May 2018

居家伙伴新选择?波士顿动力机器狗SpotMini明年开卖

你还认为机器狗只是一般玩具吗?波士顿动力公司所研发的机器狗 SpotMini,可以穿梭于各种障碍,还可以成为生活小帮手喔!

TECH Mon, 27 Aug 2018
TECH Sun, 29 Dec 2019

全球首款电子咖啡正式抵马!主打零尼古丁成分

全球第三大电子品牌「SNOWPLUS」正式在大马推出全新咖啡口味!

Automobile Mon, 9 Dec 2019

Jika Exit Tol Baki Tak Cukup, Tekan Button Intercom!

Tidak perlu risau lagi cuma interkom saja bantuan akan sampai!

TECH Mon, 16 Jul 2018

Google Gboard Ditambah Dengan Ciri Kod Morse

Kod morse dicipta oleh Samuel Morse sekitar tahun 1836 yang mana maklumat dihantar menggunakan isyarat elektrik menggunakan talian kabel oleh sistem telegraf. Kaedah komunikasi itu kini telah mula dilengkapkan pada aplikasi Google Gboard hasil kerjasama […]

TECH Thu, 12 Apr 2018

Apple Akan Berhenti Menyokong Aplikasi 32-bit Tidak Lama Lagi

Pengguna MacOS akan mula menerima peringatan tersebut pada hari ini jika mereka membuka aplikasi yang hanya menyokong 32-bit pada MacOS High Sierra.

TECH Thu, 19 Jul 2018

Lazada Dan Asus Mahu Tebus Kesilapan, Lanjutkan Tawaran RM1

Tempoh hari telah berlangsungnya promosi RM 1 Frenzy yang mana pengguna boleh membeli 2 peranti terpilih pada hanya RM 1 sahaja. Namun promosi yang dijalankan oleh Asus Malaysia serta Lazada itu mendapat kritikan hebat daripada peminat kerana berlakunya kesilapan […]

error: Content is protected !!