Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Parenting By: Ad Ops February 20, 2018 @ 1:00pm

Sudah-sudahlah Bagi Muka Pada Anak Lelaki, Takut Nanti Jadi Kuli

Mendidik anak memang bukan perkara mudah. It’s a learning process. Sebagai ibu bapa kena bijak untuk melahirkan generasi yang boleh dibanggakan di kemudian hari.

Satu kesilapan yang banyak dilakukan oleh ibu bapa sejak dari dulu ialah, anak lelaki tak perlu buat kerja-kerja rumah kerana itu kerja orang perempuan. Sebab ada stigma macam inilah ramai ibu-ibu yang menjadi ‘kuli’ anak sendiri.

Sudah-sudahlah memperjuangan pendirian yang tidak munasabah itu. Lakukan perubahan. Untuk mengubah sesuatu, mulakan dengan diri sendiri, pasangan, anak-anak dan keluarga. Tip berikut boleh dijadikan panduan mengajar anak lelaki lebih bertanggungjawab.

1) Tak kira anak lelaki atau perempuan, latih anak sedari kecil. Iaitu semenjak berumur 2 ke 3 tahun. Jangan pandang rendah pada anak-anak kecil ini. Kalau tunggu mereka sudah besar baru mahu meminta tolong, memang prosesnya agak susah.

2) Mulakan dengan perkara-perkara mudah dahulu seperti kemaskan barang-barang permainan sendiri, pakai baju sendiri, lap air yang ditumpahkan, letak baju kotor dalam bakul, ambil lampin sendiri dan buang sampah di tempat yang betul.

3) Ajar anak-anak lelaki menyediakan meja sebelum waktu makan. Jangan pandai tunggu semua makanan terhidang.  Suami main peranan di sini. Tunjukkan pada anak-anak yang ayah juga membantu. Boleh tolong ambilkan pingan – mangkuk, ambil cawan, hidangkan lauk, bancuh air serta tolong sendukkan lauk dan nasi untuk mak dan ayah serta adik-beradik lain.

4) Sesudah makan, ajar anak lelaki angkat pinggan ke sinki dan basuh sekali pinggan yang digunakan. Bukannya susah. Sambil basuh tangan, basuh pinggan. Tak sampai 5 minit pun. Selesai basuh pinggan sendiri, minta tolong dia sama-sama bersihkan meja makan. Lebih bagus jika tetapkan  giliran anak-anak untuk membasuh semua pinggan kotor selepas waktu makan. Jangan hanya arahkan anak perempuan.

5) Ajar anak lelaki untuk sama-sama melakukan kerja rumah. Antaranya menyapu lantai, mop lantai, susun selipar dan kasut di rak, membuang sampah, angkat baju di ampaian dan lipat baju bersama-sama ketika menonton televisyen.

6) Pastikan anak-anak lelaki bertanggungjawab dengan pakaian sendiri. Bukan hanya pandai campak ke lantai bilik atau bilik air. Suruh dia kumpul baju kotor setempat (dalam bakul) atau terus masukkan ke dalam mesin basuh.

7) Jika di rumah ada pokok-pokok bunga, sesekali minta anak-anak lelaki membantu menyiram pokok-pokok berkenaan.

8) Jika anak lelaki sudah menginjak ke umur 7 ke 12 tahun, ajar dia  mengemas tempat tidur sendiri, membasuh bilik air dan tandas apabila cuti sekolah. Ingatkan dia, kebersihan rumah adalah tanggungjawab bersama.

Selamat mencuba! Perlu diingatkan ibu dan bapa adalah contoh terbaik untuk anak-anak. Jika mahukan anak-anak yang berkualiti, pastikan anda dan pasangan tunjukkan taudalan terbaik. Jika di kemudian hari anak-anak menjadikan anda ‘hamba’, jangan salahkan orang lain.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Parenting Tue, 17 Apr 2018

4 Cara Untuk Kekalkan Sistem Penghadaman Yang Sihat Untuk Anak Kesayangan Anda

Anak perlu memiliki sistem penghadaman yang sihat bagi memastikan badan mereka bebas daripada toksik yang boleh membahayakan tubuh dan membekalkan tubuh anak dengan nutrien yang diperlukan.

familuv Tue, 3 Dec 2019

Bawa anak-anak mengembara bersama empat buku ini!

Fakta menarik dan cerita mengenai mitos serta haiwan liar menanti pembaca

Featured Thu, 13 Feb 2020
Featured Tue, 10 Jul 2018

Makanan Yang Perlu Dielakkan Selepas Bersalin Caesarean

Kalau nak luka caesarean cepat sembuh, elakkan jenis makanan ini!

Parenting Thu, 24 Jan 2019

Bentuk sikap berdikari dalam diri anak-anak melalui aktiviti praktikal

Semoga anak-anak kita semua lebih berdikari!

Featured Wed, 8 May 2019
Parenting Mon, 11 Jun 2018

5 Cara Semulajadi Untuk Sembuhkan Gigitan Nyamuk Pada Anak Anda

Tidak perlu beli ubat untuk rawat gigitan nyamuk, gunakan sahaja bahan semulajadi ini. Berkesan!

Parenting Thu, 28 Jun 2018
Parenting Wed, 30 Jan 2019
#BabyXTRA Fri, 10 Mar 2023

#BabyXTRA: Isteri ‘Burnout’ Semasa Berpantang… Suami Pula ‘Lepas Tangan’? Aeril Zafrel Kongsi Tips Penting

Banyak kes suami selalu lepas tangan kan terutamanya bila isteri tengah pantang 😌 Aeril wajar jadi suami contoh!

error: Content is protected !!