Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida February 25, 2019 @ 11:28am

‘ Sudirman Beritahu Saya Agar…’- Fauziah Latiff Kongsi Pesanan Terakhir Allahyarham Sudirman

Penyanyi Fauziah Latiff mengakui beliau merupakan antara peminat tegar Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad.

Baru-baru ini, sebilangan besar peminat memuat naik gambar idola kesayangan ramai itu bersempena memperingati pemergian Allahyarham yang ke 27 tahun.

Fauziah Latiff atau lebih mesra dipanggil Jee ketika ditemui XTRA sempat berkongsi beberapa pesanan yang kekal diingati sehingga kini.

“ Salah satunya ialah jangan mudah putus asa. Itu antara pesanan yang masih saya pegang sampai saat ini. Perjuangan dalam industri muzik itu perlu diteruskan dengan ikhlas.

“ Dalam masa sama, Allahyarham sempat berpesan agar sentiasa jujur dengan apa yang kita lakukan dan teruskan perjuangan di jalan yang baik, Insya Allah. Tuhan bagi kita rezeki di situ kan,” katanya kepada XTRA.

Dikenali sebagai penghibur semua peringkat, Allahyarham Sudirman ketika zaman kegemilangannya merakamkan banyak album serta meraih pelbagai kejayaan di dalam dan luar negara.

Negara dikejutkan apabila Sudirman pergi menemui Illahi di usia 37 tahun pada 22 Februari 1992.

Biarpun sudah 27 tahun Allahyarham meninggalkan kita, lagu-lagunya yang masih ‘hidup’ membuatkan seakan-akan dirinya masih bersama kita sehingga hari ini. AL- FATIHAH…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 13 Feb 2023
Hiburan Thu, 21 Sep 2023
Hiburan Sun, 4 Jun 2023
Hiburan Tue, 17 Jun 2025
Featured Thu, 19 Dec 2024

Miliki Ganja Seberat 60.3 Gram, Along Cham Disambung Reman 4 Hari

Perintah sambung reman itu dibuat polis di Mahkamah Majistret Sepang.

Featured Thu, 22 Dec 2022

Tidak Mahu Layan Permintaan Individu, Nama Ruhainies Di Senarai Hitam?

Hmm sampai macam tu sekali.. siapa agaknya kan?

Hiburan Mon, 14 Jan 2019

‘Yang Kaya Itu Tak Semestinya Buat Kau Bahagia’- Perkongsian Shakila Khoriri Curi Perhatian Netizen

Tapi kalau lah Allah nak duga, akan datang dugaan tu. Aku tak kata Fizi tu sebaik manusia. Ada juga nakal dia, aku tahu. Sebab dia LELAKI…

Hiburan Thu, 9 May 2019

Siap Sedia Untuk ‘IDC’, Lagu Duet Justin Bieber- Ed Sheeran Keluar Esok!

Nantikan lagu terbaru Bieber and Ed Sheeran pada 10 Mei!

error: Content is protected !!