Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 4, 2025 @ 1:35pm

Suprise Istimewa! Isteri Hadiah Motor Idaman Buat Achey

Isteri kepada pelawak dan pelakon terkenal, Achey yang dikenali sebagai Anne tampil berkongsi kejutan istimewa buat suaminya apabila  menerima hadiah istimewa berupa sebuah motosikal Harley Davidson, yang merupakan motor idamannya sejak sekian lama.

Menurut perkongsian penuh emosi di media sosial, kejutan itu dirancang oleh isteri tercinta dengan bantuan rakan-rakan serta ahli keluarga terdekat.

Dan, apa yang lebih menyentuh hati, kejutan ini bukan sekadar tentang hadiah, tetapi lebih kepada tanda penghargaan terhadap usaha keras Achey dalam mencari rezeki buat keluarganya.

“Alhamdulillah suprise menjadi…untuk insan yang sangat kuat bekerja untuk kami sekeluarga. Semua sayang dia tapi dia mcm tak reti nak sayang diri dia.

“Idea Tiara jugak suruh beli motor sebab ayah suka moto. Tergamam Achey bila dapat moto idaman dia.

“Asyik la menyebut-nyebut nak Harley Davidson. Kita diamkan je. Terima kasih mak, @tiara.zinnirah @izzueislam @awinnurin@norazmihasan @namiesmy @shashic @filzahazmi @akmaaaaa.n @pie_atan @nurullfazeera @harleydavidsonofpj  sudi bantu kita buat suprise untuk Achey…Alhamdulillah rezeki Allah SWT. Syukur mana group-group Harley boleh roger Achey.  Love you sayang,” katanya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anne Achey (@anne_achey._)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 3 Apr 2022
Trending Tue, 5 Nov 2019

5 November Hari Kesedaran Tsunami Sedunia

Memperingati Mangsa-Mangsa Bencana

Hiburan Thu, 30 Apr 2026

Kenang Arwah Ibu Bapa, Alya Iman Sebak Hasrat Tembus Layar Perak Tercapai Selepas 8 Tahun Menanti

Alya berkata arwah bapanya sebelum ini pernah menasihati agar dia memberi tumpuan kepada pelajaran

Featured Mon, 25 Oct 2021
Featured Tue, 4 Jun 2024
Hiburan Sun, 16 Jun 2019

Bekas PRO Siti Nurhaliza Meninggal Dunia

Al-Fatihah buat Bahanordin Deraman…

#LaguXTRA Mon, 9 Oct 2023
error: Content is protected !!