Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops May 6, 2020 @ 9:44pm

Surau, gerai makan di R&R ditutup sepanjang pergerakan rentas negeri

Rakyat Malaysia yang melakukan perjalanan rentas negeri bermula 7 Mei hingga 10 Mei 2020 disaran untuk melakukan pergerakan secara terus bagi mengelakkan berlaku pertembungan pengguna lebuh raya dalam jumlah yang tinggi.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sepanjang pergerakan itu hanya penggunaan tandas di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) sahaja yang dibenarkan sepanjang tempoh berkenaan.

“Pergerakan perlu dilakukan secara terus kecuali mereka yang hendak menggunakan tandas di R&R. Gerai makan ditutup, justeru saya nasihatkan mereka yang melakukan perjalanan jauh membawa bekalan makanan sendiri. Begitu juga dengan surau, akan ditutup.

“Penggunaan tandas pula hanya dibenarkan seorang sahaja setiap keluarga pada satu masa. Bagi mereka yang penat memandu kerana perjalanan jauh, boleh berhenti di R&R, tapi tidak boleh keluar dan merayau di R&R. Hanya boleh duduk dan berehat di dalam kenderaan sahaja.

kawasan R&R tutup pergerakan rentas negeri PKPB

Kredit gambar: Plus Malaysia

“Pihak berkuasa akan ada di setiap R&R untuk memastikan pematuhan pada setiap prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB),” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat menteri kanan mengenai pelaksanaan PKP, di Putrajaya, hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, perjalanan merentas negeri menerusi aplikasi Gerak Malaysia pada 7 Mei 2020 hanya dikhususkan kepada mereka yang terkandas di Kuala Lumpur dan ingin pulang ke kediaman masing-masing di negeri lain.

Katanya lagi, kebenaran juga diberikan terhadap mereka yang tinggal di Kuala Lumpur dan ingin mengambil keluarga atau anak-anak di kampung yang sebelum ini terkandas di kampung ekoran pelaksanaan PKP.

“Esok dikhususkan untuk orang ramai di Kuala Lumpur pulang ke kediaman masing-masing di negeri lain serta mereka yang ingin ambil keluarga, anak misalnya. Bila cuti mereka hantar anak balik kampung untuk tinggal bersama-sama datuk dan nenek.

kawasan R&R tutup pergerakan rentas negeri PKPB

Kredit gambar: Goody Malaysia

“Mereka dibenarkan untuk balik ke kampung, namun perlu memaklumkan kepada pihak polis mengenai perjalanan mereka termasuk tarikh untuk mereka pulang dari kampung. Boleh tinggal dalam sehari dua jika perjalanan jauh, bagaimanapun kita menggalakkan mereka untuk terus balik ke Kuala Lumpur,” katanya.

Menerusi jadual perjalanan Gerak Malaysia yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), selepas Kuala Lumpur (7 Mei), pergerakan rentas negeri diikuti dengan perjalanan serentak dari Perak, Johor dan Kelantan (8 Mei), Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang (9 Mei) serta Selangor, Negeri Sembilan, dan Terengganu (10 Mei).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 19 Sep 2022
Events Wed, 6 Aug 2025
Featured Wed, 19 Apr 2023
Gaya Hidup Tue, 17 Mar 2020
Featured Wed, 29 Dec 2021

Rider Pelik Pelanggan Tak Suruh Naik Hantar Makanan, Rupanya Ambil Makanan Pakai Baldi!

Dengan penularan wabak COVID-19 yang semakin meruncing di negara ini, cara terbaik ialah rakyat bertindak bijak dengan mendisiplinkan diri bagi mematuhi arahan Prosedur Operasi Standard (SOP). Begitu juga dengan situasi seorang pelanggan yang memesan makanan […]

Featured Wed, 12 Oct 2022

MK K-Clique Berlatih Jadi Pengantin, Netizen Tawar Diri Jadi Isteri

Siapa lah yang bertuah dapat jadi suri hati MK ni kan?

Featured Wed, 27 Oct 2021

Lee Chong Wei Kini Dilantik Duta Pelancongan Sabah

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kini dilantik sebagai duta pelancongan Sabah bermula Oktober ini hingga Disember tahun hadapan. Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin, pelantikan itu bersesuaian dengan […]

Events Sat, 16 Jul 2022

Selepas 35 Tahun Dalam Industri, Aishah Bakal Adakan Konsert Solo Di Dewan Filharmonik!

Dah boleh feel dah Datuk Aishah nyanyi lagu Janji Manismu versi orkestra!

error: Content is protected !!