Euforia Bola 2026
Sihat By: Ad Ops August 16, 2019 @ 5:00pm

Susah nak lena? 4 jenis makanan ini boleh bantu

Tidur yang mencukupi amat penting bagi menjamin badan yang segar keesokan hari. Kadangkala memang mudah untuk melelapkan mata, baring dan pejam mata sahaja, teus terlena. Lebih-lebih lagi jika badan penat pada siang hari, lagi mudah untuk lena pada waktu malam.

Malangnya, ada juga hari apabila anda langsung tidak boleh melelapkan mata walaupun sudah lamaber baring di atas katil.

Antara puncanya adalah apabila seseorang itu masuk tidur sebaik saja selepas makan. Sebaik-baiknya, seseorang itu   masuk tidur sekurang-kurangnya dua jam selepas makan.

Selain itu, apa yang dimakan sebelum tidur turut memainkan peranan. Makanan yang pedas, berlemak ataupun berkafein boleh membantutkan rasa mengantuk dan menyebabkan seseorang itu sukar untuk lena.

Bagaimanapun, jangan bimbang, ada beberapa jenis makanan yang boleh membantu mempercepatkan proses tidur anda.

1. Produk kekacang soya

Kacang soya ialah sumber L-Tryptophan, sejenis asid amino yang menghasilkan neurotransmitter yang dinamakan serotonin.

Neurotransmitter ini kemudiannya membantu badan anda menghasilkan hormon melatonin apabila anda memerlukan tidur.

Walaupun hanya sedikit saja peratusan L-Tryptophan yang terlibat, ia masih memainkan peranan penting.

2. Pisang

Buah ini adalah sumber vitamin B6 yang diperlukan untuk menghasilkan melatonin.

Ia juga mengandungi magnesium dan kalsium yang membina semula otot ketika anda tidur.

3. Ceri

Foto: Health Magazine

Buah ini juga mengandungi melatonin yang mengawal selia kitaran tidur anda.

Penyelidik yang pernah mengkaji kandungan melatonin dalam ceri menyarankan anda makan buah ini sejam sebelum tidur.

4. Beras jasmin

Kajian menunjukkan makanan dengan kandungan karbohidrat yang mudah dicerna boleh mengurangkan masa yang diambil untuk lena. Makanan ini digelar sebagai makanan tinggi glisemik.

Beras jasmin mencapai skor 109 dalam indeks glisemik, lebih banyak daripada glukosa tulen.

Semoga maklumat ini dapat membantu!

Sumber: Business Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 2 Apr 2020

Kes import punca jangkitan COVID-19 di Malaysia meningkat

Penguatkuasaan fasa kedua PKP diperketat

Featured Wed, 16 Oct 2019

Tidur sebentar pada waktu siang bagus untuk jantung, menurut kajian

Jika anda tidur siang, tidak semestinya anda malas!

Sihat Thu, 11 Apr 2019

Kenali komplikasi dialami si manja melalui warna najis ini!

Nombor 8, petanda bayi anda mengalami masalah pundi hempedu atau hati.

Featured Sun, 19 Apr 2020

65 rakyat pulang dari luar negara dikesan positif COVID-19

Kluster baharu kes import dikesan di pintu masuk antarabangsa

Sihat Wed, 8 Apr 2020
Featured Fri, 26 Oct 2018

Anak Yang Bertubuh Montel Terdedah Risiko Penyakit Kencing Manis

Sering buang air kecil terutama di waktu malam, tanda-tanda anak menghidap kencing manis.

Sihat Wed, 10 Jul 2019

Enak dimakan, boleh kurus pula tu!

Jom mulakan pagi dengan sarapan enak di dalam balang setiap hari!

error: Content is protected !!