Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 14, 2023 @ 4:30pm

Sweet! Tular Video Dini Schatzmann Melamar Janna Nick Di Atas Hot Air Balloon, Netizen Komen: “Rezeki Dapat Pasangan Yang Hargai Sangat”

Masih hangat diperkatakan ramai mengenai majlis perkahwinan pasangan pelakon sama cantik sama padan, Janna Nick dan Dini Schatzmann yang berlangsung minggu lalu.

Terbaru, tular sebuah perkongsian di media sosial yang memaparkan video Dini membuat kejutan sempena hari ulang tahun kelahiran Janna dengan menaiki belon udara panas, baru-baru ini.

Lebih manis, bukan sahaja menyambut ulang tahun kelahiran tetapi Dini turut membuat kejutan dengan melamar Janna sebagai isteri di atas belon udara panas tersebut.

Apa yang menarik perhatian adalah ketika mereka berada di udara di atas belon panas tersebut, Dini meminta Janna untuk memandang ke bawah di mana terdapat lamaran yang tertulis ‘Will you marry me?’.

Ternyata terpampang kegembiraan di raut wajah pasangan ini apabila kejutan istimewa itu dibuat.

Menjengah ke ruangan komen perkongsian comel tersebut, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi. Malah ada juga yang memuji sikap Dini yang romantik dan comel.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian comel itu telah meraih 500,000 tontonan dan lebih 63,000 tanda suka.

Untuk info, Dini dan Janna selamat diijab kabul pada 10 Jun lalu di Langkawi dalam sebuah majlis tertutup.

Pasangan itu seterusnya diraikan dalam majlis resepsi berlangsung di sebuah resort terkemuka di pulau tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Teka-Teki Terjawab! Janna Nick Sah Jadi Isteri Dini Schatzmann

ARTIKEL BERKAITAN: Majlis Resepsi Janna Nick & Dini Berlangsung Meriah, Tapi Ada Netizen Komen: “Segan Tengok Ustaz Wadi Baca Doa Di…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 2 May 2025

Eyka Farhana, Akhyar Rashid Sah Bergelar Suami Isteri

Eyka dan Akhyar sah bergelar suami isteri tepat jam 10.12 pagi tadi.

Hiburan Mon, 8 Dec 2025

Ella Kembali Gegar Stadium Nasional, ‘Majlis Tertinggi Rockqueen’ Bakal Jadi Konsert Rakyat Penuh Makna!

Ella Kembali Gegar Stadiuam Nasional, konsert Majlis Tertinggi Rockqueen berlangsung pada 14 Februari

Hiburan Tue, 7 Nov 2023
Hiburan Fri, 31 Jan 2025
Hiburan Thu, 27 Mar 2025
Hiburan Thu, 18 Oct 2018
Hiburan Thu, 17 Oct 2019
Hiburan Mon, 12 Jan 2026

“Malaysia Disasar Lima Negara Teratas Kutipan The Voice of Hind Rajab, Buka Laluan Ke Oscar” – ZRA

ZRA menyeru rakyat Malaysia agar terus menjadi suara kepada Palestin

error: Content is protected !!