Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 12, 2025 @ 7:53pm

Syafiq Abdilah, Killa Driz Ungkap Luka & Harapan Dalam ‘Sepanjang Malam’

Penyanyi muda yang semakin mencuri tumpuan, Syafiq Abdilah, bergabung tenaga dengan rapper Killa Driz, menerusi single terbaharu berjudul “Sepanjang Malam”.

Lagu ini hadir sebagai coretan emosi tentang kehilangan, kenangan dan proses penyembuhan, menjadikannya lebih daripada sekadar sebuah lagu pop biasa.

Dengan susunan muzik yang lembut dan lirik jujur, “Sepanjang Malam” merungkai perjalanan emosi individu yang cuba menerima perpisahan dan melepaskan cinta yang pernah bersemi.

Killa Driz menyifatkan lagu ini sebagai satu bentuk terapi, bukan hanya dalam penulisannya, tetapi juga dari segi pengalaman bekerja dalam suasana yang santai dan penuh kefahaman bersama penerbit Shazee dan pasukan kreatif lain.

“Seronok dan juga therapeutic. I believe the second the song is out, it’s not mine anymore. It’s theirs,” ujar Killa Driz.

Dia turut menekankan lagu ini kini milik pendengar untuk ditafsir dan dirasai dengan cara mereka sendiri.

Bagi Syafiq pula, kolaborasi ini adalah impian yang menjadi kenyataan.

“Saya pernah ditanya artis mana yang saya impikan untuk bekerjasama, dan saya terus jawab Killa Driz. Kini impian itu menjadi realiti,” katanya penuh syukur.

Lagu ini mengambil masa hampir tiga tahun untuk disiapkan, dengan pelbagai versi dirakam sebelum mereka sepakat memilih versi terbaik untuk dikongsi kepada umum.

Visual untuk lagu ini diarahkan oleh TM Farish dan pasukannya, mengetengahkan dua kereta iaitu Nissan R35 dan Cefiro, sebagai metafora kepada pelarian emosi dan pencarian ketenangan dalam kekacauan rasa.

“Kadang-kadang bila hati kita gelisah, kita buat sesuatu untuk tenangkan diri. Visual ini menggambarkan rasa itu,” kata Syafiq.

Lagu “Sepanjang Malam” kini boleh distrim di semua platform digital.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 27 May 2019

Syahrini Hamil Anak Pertama?

Kedudukan tangan Reino dilihat memegang perut Syahrini. Kebetulan je kot?

 

Trending Sat, 31 Oct 2020
Hiburan Thu, 6 Sep 2018

No More Lee Kwang Soo in Busted?!

Fans aren’t excited about this…

Hiburan Thu, 13 Jun 2019
Hiburan Tue, 5 Dec 2023
Trending Sat, 30 Mar 2019

不该像脸的东西却「长得很像脸」

不该像脸的东西却「长得很像脸」,且看到最后才发现原来生活周遭都是脸!

Trending Wed, 18 Dec 2024

Kembali ke Sabah Selepas 5 Tahun, Mari Meriahkan Karnival Jom Heboh Pada 27 Hingga 29 Disember Ini!

Karnival Jom Heboh Sabah 2024 akan berlangsung pada 27 Disember hingga 29 Disember 2024 (Jumaat, Sabtu & Ahad) di Kompleks Sukan, Kota Kinabalu Sabah!

Featured Thu, 4 Sep 2025

“Fail Cerai Bukan Sebab Faisal Halim Tak Ada Duit  & Tak Handsome” – Peguam Isteri Perjelas Punca Cerai

Peguam tampil menjelaskan situasi sebenar mengapa anak guamnya memfailkan perceraian.

Hiburan Tue, 23 Jul 2019

Syafie Naswip- Aishah Azman Putus Tunang

Bukan sebab orang ketiga ya!

error: Content is protected !!