Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin May 31, 2025 @ 5:59pm

“Syafiq Kyle Memang Anak Emak, Tapi Ke Arah Yang Positif” – Mimi Lana

“Kalau ada orang tanya adakah layanan dia pada saya sama seperti ibunya, kita harus faham”.

Demikian respons pelakon Mimi Lana ketika ditanya mengenai hubungan rapat aktor itu dengan ibunya, Rohaya Sulaiman.

Kata Mimi, suaminya itu memang sangat rapat dengan ibunya sehingga boleh digelar sebagai ‘anak emak’.

Namun, keakraban itu lebih bersifat positif.

“Syafiq memang ‘anak emak’ ke arah lebih baik dan positif. Dia baik.

“Semua orang kalau tengok dia bersama ibunya dalam mana tayangan filem dia sebelum ini mesti tahu yang dia memang sangat sweet dengan ibu dia. Mak dia pun sangat-sangat baik,” katanya.

Dalam pada itu, Mimi juga menjelaskan, layanan suaminya itu terhadap dirinya adalah sama.

Dan, kehadirannya dalam keluarga Syafiq juga diterima dengan baik malah tidak pernah berasa dilayan seperti orang luar.

“Syafiq dah hidup dengan emak dia berpuluh-puluh tahun dan saya rasa sangat welcoming dalam keluarga itu.

“Apatah lagi adik beradik Syafiq semua lelaki jadi ibu sangat welcoming saya sebagai menantu perempuan. Alhamdulillah,” jelasnya.

Mimi atau nama lengkapnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 30, berkata demikian ketika ditemui usai Tayangan Perdana Filem Mencari Ramlee yang diadakan di  GSC Midvalley Megamall pada Khamis.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 19 May 2026

Bukan MV Biasa, Haikal Farid Tampil Kelainan Dalam ‘Aku Klasik’ Bersama Komuniti Orang Asli

Haikal Farid kembali merancakkan industri muzik tempatan menerusi pelancaran single terbaharunya berjudul Aku Klasik (Eh Ah).

Hiburan Sat, 11 Feb 2023
Featured Wed, 24 Sep 2025
Contest Fri, 16 Nov 2018
Featured Tue, 31 Mar 2020
Hiburan Thu, 14 Mar 2019

Tiga Hari Menuju Perkahwinan, Awi Rafael & Atikah Suhaime Umum Kejutan!

Andai kata betul , semoga hubungan antara Awi Rafael dan Atikah Suhaime masih lagi baik

Hiburan Sun, 31 Aug 2025
error: Content is protected !!