Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 10, 2024 @ 3:10pm

Syahmie Thsaqeef Terbuka Tayang Badan, Sanggup Lakon Babak Panas Demi Watak – “Saya Tetap Ada Prinsip & Batas”

Pelakon baharu, Syahmie Thsaqeef mengakui terbuka untuk ‘menayang’ badan dalam mana-mana naskah demi menjayakan sebuah watak.

Ketika ditemui XTRA, aktor yang lahir daripada program realiti Fit For Action anjuran TV3 ini menjelaskan dia sanggup melakukan apa sahaja tuntutan atas dasar meningkatkan kualiti lakonan.

“Saya bukan seseorang aktor yang suka-suka nak tayang badan. Sejujurnya, apabila saya dapat skrip atau sebuah projek saya akan memberikan se-maksima mungkin untuk watak itu.

“Ini bukan pertama kali saya tayang badan… sebelum jadi pelakon pun saya ada kongsi di media sosial. Setakat ini baru dalam satu hingga dua drama lakonan saya tunjuk badan,” katanya.

Dalam pada itu, Syahmie menjelaskan keterbukaannya terhadap ‘jual’ badan di kaca layar itu tidak bermakna dia terbuka untuk melakukan adegan panas yang melampaui batas, sekiranya ditawarkan oleh mana-mana pengarah.

“Untuk membawa watak ‘daring’ atau babak panas itu saya sanggup demi perkembangan kerjaya seni lakonan saya. Tetapi, saya juga ada batasan yang mana boleh dan tidak. Jadi perlu menilai seberapa ‘panas’ babak tersebut.

“Buat masa sekarang saya rasa keseronokan untuk menghidupkan sesuatu watak itu,” ujarnya.

Syahmie berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama Benci Jadi Cinta di Sri Pentas, Bandar Utama pada Isnin.

Menyedari tindakannya itu berkemungkinan akan dikritik oleh netizen, Syahmie bagaimanapun tidak mengambil pusing dan memilih untuk memberi tumpuan sepenuhnya terhadap perkembangan dalam bidang lakonan.

“Saya percaya kita buat baik atau buruk orang tetap akan cakap. Mungkin iya, tayang badan boleh dapat kecaman tetapi pada akhirnya kita semua adalah pendosa, setiap hari berusaha untuk jadi baik.

“Saya masuk ke dalam industri hiburan untuk tunjuk pada orang apa yang saya boleh tawarkan dalam bidang ini, bukan nak cipta kontroversi,” akhirnya.

Dalam perkembangan lain, Syahmie telah menjayakan sebuah drama bersiri vertikal pertama iaitu Benci Jadi Cinta yang disiarkan di platform TikTok Drama Sangat.

Drama tersebut berkisarkan tentang tema cinta dan komedi yang turut membariskan Harissa Adlynn dan Zheng Ning sebagai teraju utama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 2 Oct 2021

Khusus Buat Lelaki & Wanita, VANZO Perkenal Rangkaian Wangian Kereta Baharu

Setiap pemilik kereta pasti bersetuju bahawa pewangi kereta antara aksesori kereta yang penting. Antara sebab ia menjadi keutamaan untuk mengelakkan bau tidak menyenangkan terutama pemilik yang gemar menyimpan kasut serta makan di dalam kereta. Tetapi […]

Hiburan Wed, 28 Feb 2018

Panas! Farid Kamil Bongkar Dua Wajah Suspek

” Saya mengaku tidak mengenali dua individu tersebut secara peribadi melainkan mengetahui kehadiran mereka dalam industri hiburan tanah air,” katanya.

Hiburan Tue, 24 Dec 2019

Takziah, Cucu Prof Dr. Muhaya Telah Kembali Ke Rahmatullah

Semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Trending Thu, 12 Aug 2021
Hiburan Mon, 19 Sep 2022

Liza Hanim Bakal Duet Dengan Siti Nurhaliza?

Tak sabar kalau Liza Hanim duet Siti Nurhaliza lagi!!

Hiburan Wed, 20 Nov 2019
error: Content is protected !!