Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 11, 2025 @ 1:40pm

Syasya Rizal Buka Mulut Isu Dituduh Makan Daging B*bi

Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal tampil memberi penjelasan berhubung insiden dirinya dikatakan termakan daging khinzir ketika bercuti di China baru-baru ini.

Menurut Syasya, restoran buffet yang dikunjunginya ketika itu mempunyai label ‘halal’ dan dia tidak sewenang-wenangnya makan di tempat yang meragukan.

“Buffet yang saya pergi ada label halal, bukannya saya ‘randomly’ pergi tempat yang tak halal. Kadang kita lupa, lain negara lain caranya, dan ini adalah proses pembelajaran.

“Waktu itu dalam mulut saya sedang kunyah benda lain, bukan yang mengandungi unsur haram. Sebab itu saya tanya, sebab saya benar-benar tak tahu,” jelasnya.

Syasya berkata demikian menerusi kenyataan yang dimuat naik di media sosialnya.

Tambah Syasya, ini merupakan kali pertama dia berdepan situasi sedemikian dan menegaskan dirinya tidak pernah berbangga atau terbiasa dengan makanan haram.

“Ini kali pertama saya alami perkara seperti ini ketika bercuti. Bukan sebab saya biasa dan bangga makan makanan haram. Nauzubillah. Moga Allah jauhkan kita semua daripada fitnah dan memfitnah,” katanya.

Syasya turut meluahkan rasa syukur kerana suaminya, Nasrullah sentiasa memberi teguran dengan penuh kasih sayang, selain menekankan agama Islam adalah agama penuh kelembutan dan pengampunan.

“Alhamdulillah saya ada suami yang sentiasa ingatkan saya dengan penuh kasih sayang. Islam itu agama yang penuh kasih, bukan cacian. Agama yang lembut, bukan menghukum.

“Agama yang peluk kita bila kita sesat jalan, bukan tolak kita lebih jauh. Marilah sentiasa memilih untuk saling memperingati dengan kasih sayang, bukan dengan maki, bukan dengan murtadkan orang lain waktu dia tersungkur.

“Sebab tiada siapa yang sempurna, tetapi kita boleh belajar bersama-sama,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan Syasya dipercayai tidak sengaja termakan daging khinzir.

@xtra_my

Alamak, Syasya Rizal tak sengaja tuu #fyp #xtra #beritaditiktok #sembangentertaiment #syasyarizal #tak #sengaja #makan

♬ original sound – XTRA – XTRA

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syasya Rizal Tersalah Makan Daging B*bi Ketika Bercuti di China

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Jun 2023

Syamsul Yusof Akan Tarik Balik Saman Terhadap MAIWP & JAWI

Alhamdulillah kalau itu yang terbaik!

Filem Wed, 6 Dec 2023
Hiburan Sun, 18 Sep 2022

“Kalau Tak Puas Hati Cakap Depan-Depan” – Ayda Jebat

Motif nak cakap belakang kan? Jumpa depan lah

Trending Sun, 12 May 2019

鞋面出现褶痕?神人示范「简单4步骤」秒变新鞋

鞋面出现褶痕?只需要「超常见生活用品」,神人示范「简单4步骤」秒变新鞋。网友狂赞:真的有效!

FESYEN Thu, 28 Mar 2019

Adakah Anda Yang Kami Cari?Pencarian Wanita Melayu 2019 Kini Kembali!

Adakah anda Ikon Wanita Melayu 2019 yang kami cari?

Trending Mon, 5 Feb 2018

Orang Utan Mati Ditembak 17 Kali

Orang Utan Mati Ditembak 17 Kali Sebelum Dipenggal Dan Dicampak Ke Sungai

Featured Fri, 3 Feb 2023
Hiburan Fri, 4 Oct 2019
error: Content is protected !!