Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 19, 2026 @ 9:51am

“Tak Payah Jadi Terpaling Fed Up, Jangan Cepat Hukum Drama Tempatan!” – Sarimah Ibrahim

Pelakon dan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim tampil berkongsi pandangannya mengenai sikap segelintir penonton yang gemar mengecam drama tempatan tanpa meneliti keseluruhan jalan cerita terlebih dahulu.

Menerusi satu hantaran di Threads, Sarimah menekankan bahawa setiap karya yang dihasilkan mempunyai mesej tersendiri yang sepatutnya difahami sebelum dijatuhkan penilaian.

Menurutnya, industri drama tempatan sentiasa berusaha menghasilkan naskhah terbaik walaupun berdepan pelbagai kekangan.

Katanya, dunia hiburan tempatan masih kecil dan memerlukan sokongan daripada penonton sendiri.

“Please don’t bash your own local industry, we are small enough as it is. We all know improvement is a must and we try our best in the capacity we are given as a team,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bawa Watak Antagonis, Sarimah Ibrahim Bermain Dengan Cabaran Emosi – “Bukan Cuba Pertahankan Penyondol, Tapi…”

Dalam masa sama, Sarimah turut menegur kecenderungan sesetengah pihak yang gemar membandingkan drama tempatan dengan karya luar negara.

Baginya, setiap penonton mempunyai cita rasa berbeza dan tidak semua naskhah perlu diukur dengan standard yang sama.

“Tak payah jadi terpaling ‘fed up’ cause ratings don’t lie and everyone ada selera masing-masing. Takyah nak terpaling ‘Netflix’ vibe,” tulisnya lagi.

Menerusi perkongsian sama, Sarimah menjelaskan banyak kisah yang diketengahkan dalam drama sebenarnya berasaskan realiti hidup yang dialami sebahagian masyarakat.

Malah, ada penonton yang menggunakan naskhah sebegini sebagai ruang untuk memahami emosi dan memproses pengalaman sukar dalam hidup mereka.

“These ‘drama’s actually happened to many people and reflect some people’s lives and emotions dengan ‘drama’ nilah sahaja some people boleh feel and cope with some painful feelings,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Percayalah, Pelakon Drama Tak Cukup Dihargai” – Sarimah Ibrahim

Selain itu, Sarimah juga mengingatkan penonton supaya mengikuti sesebuah siri hingga ke penghujung sebelum membuat kesimpulan.

Menurutnya, mesej dan pengajaran sesebuah drama hanya dapat difahami sepenuhnya apabila cerita itu ditonton dari awal hingga akhir.

“Maybe… just watch series to the end, not just random snippets. Maybe then paham sedikit apa ‘pengajaran’ and ‘point’ yang cuba disampaikan,” tulisnya lagi.

Perkongsian tersebut dipercayai sebagai reaksi terhadap kritikan segelintir penonton yang mendakwa kebanyakan drama televisyen kini sering mengangkat tema serupa seperti kecurangan atau konflik rumah tangga.

Bagi penonton yang ingin mengetahui perkembangan cerita serta mesej yang ingin disampaikan, drama Bila Cinta Menjadi Dosa boleh disaksikan di TV3 setiap Jumaat hingga Ahad pada pukul 9 malam.

Drama 30 episod itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Zamarul Hisham, Zairi Aziz, Alya Iman, Nelissa Nizam dan Elizad Sharifuddin.

Penonton juga boleh menstrim episod baharu 24 jam lebih awal menerusi laman web Tonton atau memuat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 23 Sep 2024
Featured Tue, 22 Nov 2022
Hiburan Tue, 27 Jan 2026

“Hati Aqish Tak Pernah Berbelah Bahagi Bersama Kak Fazura, Terima Kasih” – Puteri Balqis

Fazura memberi pesanan kepada Aqish untuk yakin bahawa Allah ada membantu

Hiburan Thu, 6 Jul 2023

[VIDEO] Ali Puteh Dakwa Isteri Terima Mesej Ugutan Melampau Berbaur L*cah – “Kau K*ngk*ng, M*in Ramai-Ramai Atas Meja!”

Allahuakbar…. Luluh hati si suami bila isteri terima mesej melampau macam ni 😭

Hiburan Mon, 21 Oct 2019

New 5-Member Girl Group to Debut with Former Pristin Members!

The rumours are trumours! They (some) are coming back!

Hiburan Mon, 8 May 2023
Trending Wed, 10 Apr 2019

“Saya Masuk Sempadan Bunian”- Netizen Kongsi Kembali Kisah Remaja Hilang Di Broga

Mohd Azarul Mukhriz yang hilang di Broga mengakui dijaga oleh keluarga bunian

Featured Wed, 9 Nov 2022

Netizen Terkejut Ara Johari Ungkap Kata-Kata Jiwang – “Jarang Eh Bagi Ayat Macam Ni”

Penyanyi terkenal, Ara Johari membuatkan peminatnya terkejut selepas dia memberikan kata-kata yang mengulas mengenai mencari kebahagiaan di dalam kehidupan. @arajohariofficial Bulu mata pun tak tenang 😂 #fypシ #pastitiba ♬ Pasti Tiba – Ara Johari Menerusi […]

error: Content is protected !!