Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 20, 2025 @ 3:56pm

“Tak Perlu Paksa Artis, Kalau Ada Perikemanusiaan Mereka Akan Bersuara” – Rashidi Ishak

Pelakon, Rashidi Ishak berpendapat orang ramai tidak sepatutnya mendesak selebriti untuk bersuara mengenai konflik yang berlaku di Gaza, Palestin.

Menerusi platform Threads, aktor berusia 51 tahun itu berkata sekiranya golongan artis ini benar-benar mempunyai rasa kemanusiaan dan kesedaran terhadap isu berkenaan, mereka akan tampil sendiri menyatakan sokongan melalui platform media sosial tanpa perlu dipaksa.

“Orang ramai tak perlu ‘call out’ artis atau selebriti untuk bercakap tentang Gaza. Jika mereka mahu bersuara, mereka akan bersuara. Kalau ada sedikit rasa kemanusiaan, pasti mereka akan berdiri menyokong Gaza. Kalau tidak, biarkanlah. Bersikaplah matang dan hormati pilihan masing-masing,” katanya.

Dalam muat naik sama, Rashidi meminta netizen untuk menghormati keputusan mana-mana selebriti yang memilih untuk tidak membuat perkongsian umum mengenai isu Palestin di media sosial.

Terdahulu, beberapa netizen lantang menggesa artis tempatan agar tidak terus mendiamkan diri.

Malah, ada yang berpendapat sekadar berkongsi semula hantaran mengenai Palestin tidak mencukupi, sebaliknya mahu selebriti dan pempengaruh tampil lebih aktif menyebarkan usaha serta inisiatif yang digerakkan oleh Flotilla Sumud Global.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 27 Feb 2024

Kerap Digandingkan Dengan Heroin Cantik, Shukri Yahaya Tiada Sebab Menduakan Isteri

Insya Allah, semoga yang baik-baik buat Shukri Yahaya dan isteri

Hiburan Sat, 16 Dec 2023
Hiburan Wed, 19 Sep 2018

中马携手合作《中国原创音乐大赛》推广原创原唱

Musicpreneur Malaysia 踏入新的里程碑,为学音乐和做音乐的孩子提供海外平台,与电视节目《中国原创音乐大赛》携手合作,推广创作人的歌曲同时候也培训新生代歌手。

Hiburan Sat, 9 Dec 2017

TVB艺人江汉疗养院逝世!享年78岁

香港无线电视资深演员江汉惊传7日于疗养院过世,享年78岁,他的太太在8日晚间向媒体证实此消息,震惊不少圈中人。

Hiburan Fri, 27 Jul 2018

Ara Johari Selesa Single

Usia semakin bertambah Ara mengakui lebih matang dalam menggalas tanggungjawab terutama dalam bidang seni.

Featured Thu, 10 Mar 2022

Buat Perubahan Last Minute Semasa Persembahan Sepi, Aina Abdul Layak Memenangi Vokal Terbaik #AJL36

Fuh, hebatnya Aina! Bak kata pemenang Vokal Terbaik #AJL 36 ni, seorang penyanyi kena ‘Sing Smart’. Betul, Min setuju sangat terutamanya semasa menyanyi persembahan live. Cayalah!

Selebriti Tue, 24 Oct 2023
error: Content is protected !!