Euforia Bola 2026
Hiburan By: Izzi Farhana March 27, 2023 @ 1:43pm

Takkan Mudah Buah Tangan Baharu Rief Daniel

Melibatkan diri dalam industri muzik tanah air sudah semestinya mempunyai pelbagai cabaran serta liku yang perlu dilalui lebih-lebih lagi dalam menghasilkan karya yang terbaik.

Namun, Rief Daniel, 26, atau nama sebenarnya Arief Daniel Zayadi tidak berputus asa dan sentiasa mempersiapkan diri lebih-lebih lagi untuk bersaing dengan penyanyi yang lain.

Hasilnya, Rief Daniel yang pernah melancarkan tiga single sebelum ini muncul dengan buah tangan terbaharu berjudul, Takkan Mudah.

“Lagu ini mempunyai ‘vibe’ yang tersendiri. Memang banyak cabaran dan liku yang kami hadapi untuk menghasilkan karya emas ini. Alhamdulillah, dengan kebijaksanaan dan pertolongan mereka, lagu ini dapat dihasilkan dengan baik,” katanya.

Rief juga teruja bahawa proses rakaman single baharu ini berjalan dengan lancar.

“Sewaktu proses rakaman lagu ini, memang banyak perkara yang kami buat. Kami buat rakaman beberapa kali untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Kami mencari tempo dan ‘key’ yang sesuai untuk dipasarkan ke khalayak ramai.

“Banyak idea yang yang kami curahkan dalam lagu ni. Ada idea yang okay dan tidak. Pengurus saya iaitu Nasir Deraman juga ada memberi idea yang bernas untuk menyedapkan lagu ini,” katanya.

Menurutnya lagi, penghasilan lagu tersebut merupakan hasil kerjasama dengan individu dan pasukan yang profesional.

Lagu tersebut sudah dilancarkan secara rasmi sejak 12 Januari lalu di bawah terbitan Universal Music hasil ciptaan sepenuhnya oleh Mas dewangga, Jobe Devito dan Aden King.

Takkan Mudah juga sudah boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music sejak 13 Januari yang lalu manakala muzik videonya pula boleh ditonton di siaran YouTube Universal Music Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 12 Apr 2019
Hiburan Mon, 19 Nov 2018
Trending Tue, 15 Jan 2019

Kerajaan M’sia akan mewujudkan akta pelindungan bagi hak dan kebajikan warga emas

Selepas ini, mereka yang mendera atau mengabaikan ibu bapa tua mereka akan dihukum!

Hiburan Tue, 21 Jan 2025

Sibuk Buat Persiapan Bisnes Menjelang Ramadan, Ben Ali Nafi Rumah Tangga Dengan Nadiyah Shahab Bergolak

Ben Ali sangkal tuduhan perkahwinannya dengan Nadiyah Shahab sedang mengalami masalah.

Hiburan Wed, 31 Jan 2018

Tahniah Datuk Syafinaz!

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Syafinaz Selamat atas penganugerahan pingat Panglima Mahkota Wilayah bersempena Hari Wilayah Persekutuan, sebentar tadi dan sekarang bergelar Datuk

Hiburan Fri, 1 Jun 2018

Che Ta Lega Tiada GST?

Che Ta enggan mendedahkan jumlah derma yang akan dihulurkan kerana menurut beliau apa yang dilakukan bukanlah paksaaan tetapi rasa tanggungjawab beliau sebagai rakyat Malaysia

Hiburan Mon, 17 Dec 2018

‘ Saya Masih Dalam Proses Merawat Hati Terluka’ -Julia Farhana

Saya dan Erwin berfikir, biarlah kami tidak terburu-buru untuk berkahwin…

error: Content is protected !!