Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir November 29, 2022 @ 7:32pm

Tamat Pengajian Kelas Pertama, Nuha Bahrin Buat Persembahan Di Majlis Konvokesyen Sendiri

Penyanyi Nuha Bahrin telah tamat pengajian dan menerima ijazah sarjana muda kelas pertama dalam bidang pemasaran pada Isnin lalu.

Memetik laporan mStar, Nuha berpeluang membuat persembahan di Majlis Konvokesyen Universiti Multimedia Malaysia (MMU) bersama rakan duet, Naufal Azrin menyanyikan lagu popular mereka, Casablanca.

“Memanglah saya gembira sangat. Selama ini saya selalu dijemput untuk menyanyi di majlis konvokesyen dan kali ini dapat buat persembahan di hari yang amat bersejarah buat saya.

“Ia telah dirancang sejak awal lagi dan saya terharu apabila Naufal juga setuju untuk tampil bersama di atas pentas. Ini adalah sesuatu yang saya mahu buat untuk universiti,” katanya.

Selain sibuk dengan dunia seni, Nuha berjaya memperoleh kelas pertama dalam pengajian tersebut yang merupakan satu pencapaian yang membanggakan buat dirinya.

“Syukur sasaran saya untuk dapat kelas pertama tercapai. Saya amat gembira apabila dapat membuatkan kedua ibu bapa bangga dengan pencapaian ini.

“Bukan senang nak uruskan kerjaya seni dan pelajaran pada satu masa. Namun saya boleh katakan segala penat lelah selama ini berbaloi,” ujarnya.

Susulan perkara itu, penyanyi ini berharap dapat memanfaatkan ilmu di universitu untuk memiliki sebuah perniagaan fesyen jenama sendiri pada masa akan datang.

“Buat masa sekarang saya akan fokus dahulu dalam kerjaya seni. Kita lihat sejauh mana boleh pergi.

“Saya takkan sia-siakan ilmu di universiti dan berharap akan ada perniagaan sendiri nanti. Saya minat fesyen dan memasang niat untuk ada jenama sendiri nanti,” kongsinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hadiffauzan Omar (@hadiffauzan)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 11 Jun 2024
Trending Mon, 4 Jan 2021

Ziela Jalil Bermadu Kali Kedua

Jodoh rahsia Tuhan..

Hiburan Wed, 30 Apr 2025

[VIDEO] Hubungan Dengan Marissa Dania Kembali Jernih, Abby Abadi Syukur Tak Hilang Anak

Abby Abadi syukur tak hilang Marissa Dania, akan live bersama

Featured Wed, 2 May 2018

PRU14: Item Yang Perlu Ada Dalam Beg Tangan Sebelum Keluar Mengundi

Hijab & Heels ingin membongkar barangan yang perlu ada di dalam beg tangan wanita sebelum keluar mengundi.

Hiburan Tue, 29 Jul 2025
Hiburan Mon, 29 Jan 2018

Sporting Habis Ayah Yuna, Cayalah!

bapa Yuna, Datuk Indera Mat Zara’ai Alias membuat kejutan dengan mendendangkan 2 buah lagu di majlis perkahwinannya

Hiburan Tue, 7 Nov 2023
error: Content is protected !!