Euforia Bola 2026
FESYEN By: Padin March 26, 2025 @ 5:14pm

Tampil Persis Ratu Aidilfitri Ini… Koleksi RR by Rizman Ruzaini Raya 2025 Empress Hampir Sold Out!

Meskipun Ramadan masih berbaki sekitar seminggu, koleksi RR by Rizman Ruzaini Raya 2025 Empress semakin kehabisan stok, dengan beberapa rekaan sudah habis terjual seawal bulan puasa.

Sambutan luar biasa ini membuktikan koleksi Empress berjaya menawan hati RR Fashion Royalties, yang sentiasa mengutamakan gaya Raya yang elegan, eksklusif, dan mewah.

Kejayaan koleksi ini bukan sekadar satu kebetulan, sebaliknya hasil daripada inspirasi yang diterjemahkan dengan begitu teliti dalam setiap helaian.

Empress Collection diperkenalkan sebagai simbol meraikan dua dekad perjalanan Rizman Ruzaini dalam industri fesyen, menjadikannya koleksi yang penuh makna dan signifikan.

Diinspirasikan daripada legasi British Raj dan pemerintahan ikonik Ratu Victoria, koleksi ini menggabungkan unsur sejarah dan kemewahan moden.

Setiap helaian menampilkan renda Tartan mewah sebagai elemen utama, dihiasi dengan sulaman filigree yang rumit serta rekaan kerongsang eksklusif yang diinspirasikan daripada permata legenda Koh-I-Noor. Rekaan ini dilatari fabrik crepe concerto dalam warna-warna neutral lembut, memperlihatkan kehalusan seni dan kemegahan busana bangsawan.

Menurut Pengarah Kreatif Rizman Ruzaini, Ruzaini Jamil, koleksi ini lebih daripada sekadar pakaian Hari Raya.

“Ketika mengilhamkannya, saya memikirkan satu pemakaian yang lebih daripada sekadar baju raya. Saya mahu ia kelihatan gah untuk hari istimewa lain, sama ada ke karpet merah atau acara eksklusif yang sesuai dengan keunggulan inspirasinya,” katanya.

Koleksi ini turut mendapat perhatian rakan jenama RR, termasuk selebriti yang tampil menggayakan rekaan ini di butik Rizman Ruzaini baru-baru ini.

Antara yang sudah mencuba sendiri keanggunan RR by Rizman Ruzaini Raya 2025 Empress Collection ialah Erra Fazira, Mira Filzah, Diana Danielle, Uqasha Senrose, Nelydia Senrose, Azira Shafinaz, Amelia Henderson, Eyka Farhana, Aina Abdul dan Raysha Rizrose.

Sebanyak 16 rekaan diperkenalkan dalam koleksi ini, dihasilkan dalam kuantiti terhad bagi mengekalkan kualiti serta nilai eksklusif kepada pemiliknya.

Namun, Rizman Ruzaini tetap mengekalkan harga mampu milik, menjadikan koleksi ini sebagai satu pelaburan berbaloi bagi peminat fesyen mewah yang menghargai perincian dan ketelitian rekaan. Koleksi ini mula dijual pada 27 Januari 2025 menerusi laman web www.RRbyRizmanRuzaini.com dan di butik utama Rizman Ruzaini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 15 May 2023
Events Thu, 26 Dec 2019
FESYEN Sat, 28 Sep 2019

Abby Minta Doakan ‘Baby D’

Doakan Abby Abadi dan Baby D ya?

FESYEN Thu, 23 Aug 2018

Petua Sarung Kasut Baru

Gigit Kasut Dulu Sebelum Guna- ini adalah di antara petua orang lama yang dikongsikan dan masih ada yang pratikkannya. Relevan ke lagi atau apa kata cuba tips moden pula?

FESYEN Tue, 20 Aug 2019
FESYEN Mon, 11 Aug 2025

Meriah! Fattah Amin, Amira Othman & Amyra Rosli Bertemu Peminat, Turun Padang Bersempena…

Fattah Amin, Amira Othman, dan Amyra Rosli turun padang memeriahkan suasana.

FESYEN Sat, 3 Mar 2018

Labuhkan Balik Tudung Dan Henti Jual Tudung Singkat, Lofa – Dr Norsaleha

Neelofa sebagai ikon wanita muslimah Malaysia perlu berbuat demikian sebagai tanda bertaubat dan serius menerima teguran orang ramai.

error: Content is protected !!