Euforia Bola 2026
Sihat By: Yanie Baharom December 28, 2018 @ 9:00am

Tanda-Tanda Anak Anda Mengalami Alahan Berpunca Daripada Makanan

Sesetengah simptom alahan makanan seakan-akan sama dengan keracunan makanan. Malah, dek beberapa simptom yang kelihatan lebih kurang sama, ada juga ramai ibu bapa yang keliru dengan tanda-tanda asma atau alahan persekitaran.

Selain itu, ada juga kes intoleransi makanan, seperti intoleransi laktosa. Untuk mengetahui lebih lanjut lihat artikel ini.

4 Cara Mengetahui Anak Mengalami Alahan Makanan

1. Reaksi Kulit

Alahan makanan boleh menyebabkan ruam kulit, seperti kegatalan. Satu lagi reaksi kulit adalah ekzema, ruam bersisik, gatal yang boleh melepuh atau mengelupas.

Adalah biasa jika anda melihat bengkak pada kulit, terutamanya di sekitar mata dan bibir jika mereka mengalami alahan makanan.

Banyak kegatalan di seluruh badan anak anda, bengkak yang ketara, atau memburuknya gatal dari semasa ke semasa adalah keadaan yang serius dan memerlukan rawatan perubatan.

2. Simptom perut dan saluran pencernaan

Simptom perut dan saluran pencernaan, seperti muntah-muntah dan cirit-birit juga salah satu tanda yang menunjukkan anak anda telah terkena alahan makanan.

Ia selalunya cara paling cepat badan boleh menyingkirkan alergen makanan.

Antara simptom umum yang menunjukkan reaksi alergi makanan termasuk:

  • Sakit perut atau rasa seperti membuang
  • Sakit perut
  • Muntah
  • Cirit-birit

3. Simptom pernafasan

Alahan makanan boleh menjejaskan paru-paru, tekak, atau keupayaan anak anda untuk bernafas.

Simptom ini termasuk:

  • Berdehit (wheezing)
  • Batuk
  • Hidung berair
  • Bengkak bibir, lidah, mata, atau muka
  • Bengkak saluran pernafasan menyebabkan kanak-kanak mengalami masalah bernafas, mempunyai batuk yang pendek, atau mengalami masalah menelan adalah tanda anafilaksis dan memerlukan rawatan kecemasan.

4. Reaksi seluruh badan (Anafilaksis)

Anafilaksis adalah tindak balas yang melibatkan pelbagai sistem organ dan menyebabkan penurunan tekanan darah.

Ia biasanya bermula dalam tempoh dua jam selepas makan alergen dan sering bermula dalam beberapa minit.

Ia mungkin melibatkan mana-mana gejala di atas atau kombinasi di atas dan mana-mana yang berikut:

  • Perasaan azab yang akan datang
  • Kesukaran bernafas
  • Kulit pucat
  • Pening
  • Tidak sedar

Jika anak anda mengalaminya, segera berjumpa doktor untuk rawatan.

Sumber: The Asian Parent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 28 Mar 2020

Rumah juga perlu dinyah kuman

Ikuti panduan mudah ini

Featured Tue, 17 Mar 2020
Sihat Wed, 12 Dec 2018

This Is How Kris Jenner Keeps In Shape – It Includes Working Out At 4AM

As the female head of Kardashian-Jenner clan, she needs to look good too!

Sihat Thu, 23 Aug 2018

4 Manfaat Beras Perang Yang Anda Tidak Tahu

Beras perang lebih berkhasiat dan baik untuk kesihatan berbanding beras putih.

Featured Thu, 19 Mar 2020
Featured Mon, 4 Nov 2019

Makan waktu malam punca berat badan naik sekadar mitos?

Jumlah kalori yang diambil adalah penyebabnya, bukan waktu makan

Sihat Tue, 1 Oct 2019

Pulmonary Hipertension ancam kehidupan wanita, awas!

Pulmonary Hipertension menyerang tanpa mengira usia

Featured Sun, 7 Oct 2018

Walaupun Sakit Menyerang Bertubi-Tubi, Pesakit-Pesakit Kanser Ini Tekad Teruskan Hidup

Ketahui dugaan yang menimpa dan apa tindakan mereka untuk bangkit.

Sihat Thu, 9 May 2019

Berita baik untuk anda yang suka tidur! AIA Vitality akan beri ganjaran untuk tidur

Tidur yang mencukupi penting untuk kesejahteraan hidup

Sihat Sat, 28 Sep 2019
error: Content is protected !!