Categories: TECH

10 Aplikasi VPN Untuk Android Yang Boleh Anda Cuba

Virtual Private Network merupakan salah satu perkhidmatan sekuriti internet yang semakin menjadi pilihan ramai pengguna.

Menurut analisa dari GlobalWebIndex, peningkatan penggunaan VPN disumbang daripada 5 faktor seperti mengakses kandungan hiburan, akses kepada rangkaian sosial media dan lain-lain.

Berikut adalah 10 aplikasi VPN yang boleh anda cuba untuk peranti android.

1. ZPN

Terdapat dua aplikasi dari ZPN dan yang utama adalah Free VPN Proxy. Muat turun secara percuma dan menawarkan pembelian secara dalam aplikasi. Versi percuma menawarkan 10GB data untuk sebulan manakala untuk menikmati data sehingga 50GB atau tanpa had, anda perlu membelinya.

2. VyprVPN

Menyediakan 700 pelayan dilebih dari 70 buah negara. Versi premium hanya 1GB sementara versi premium memberikan data tanpa had.

3. VPN Robot

Antara aplikasi VPN terbaru di Google PlayStore. Tidak memerlukan kata laluan, atau sebarang akaun.

4. SpeedVPN

Satu lagi aplikasi VPN percuma yang unik. Ia akan boot rangkaian selepas 60 minit anda bersambung dengannya. Ini adalah untuk memberi bandwith hanya kepada pengguna yang aktif sahaja.

5.ProtonVPN

Versi percuma dilihat mempunyai penawaran yang mencukupi untuk pengguna. Dilengkapi dengan ciri-ciri yang selalu didambakan pengguna VPN.

6. Hideman VPN

Salah satu aplikasi VPN popular. Versi percuma menawarkan 2GB pada kelajuan 512kbit/s. Ia akan memadam log pengguna dalam masa 14 hari.

7. F-Secure Freedome VPN

Bagi mereka yang sudah lama menggunakan perkhidmatan VPN, pasti aplikasi ini sudah pernah anda lihat. Tidak memerlukan akaun dan juga log masuk.

8. OpenVPN Connect

Percuma tetapi mungkin sedikit sukar bagi mereka yang pertama kali menggunakannya.

9.OpenVPN for Android

Mempunyai ciri-ciri yang hampir sama seperti aplikasi diatas. Antaramuka yang lebih mesra pengguna tetapi memerlukan sedikit masa bagi pengguna kali pertama.

10. Browsec VPN

Mudah digunakan dan tidak diganggun dengan kandungan iklan seperti sesetengah aplikasi VPN yang lain.

sumber : wiser,my

SGMS Putri