TECH By: SGMS Faida May 4, 2018 @ 3:46am

Anda Pengguna Twitter? Pertimbangkan Ini…

Tiada bukti yang menunjukkan penggodam menjadi punca sejenis virus di Twitter! Itu pengumuman dibuat oleh syarikat itu berhubung laporan lebih 300 juta maklumat peribadi kini berisiko…

Syarikat yang berpangkalan di San Francisco itu juga meminta semua pengguna menukar kata laluan bagi tujuan keselamatan dan mengelak risiko digodam.

Bagaimanapun, syarikat internet itu tidak mendedahkan jumlah kata laluan yang terjejas atau tempoh gangguan itu berlaku, sehingga ia dikenal pasti.

Ketua Pegawai Teknologi Twitter, Parag Agrawal di dalam satu kenyataan blog berkata, pihaknya meminta orang ramai lebih berhati-hati dan mempertimbangkan untuk mengubah kata laluan semua perkhidmatan yang menggunakan kata laluan sama.

Agrawal berkata, pihaknya kesal dengan apa yang berlaku.

Gangguan itu berlaku ketika media sosial berdepan pengawasan ketat terhadap perlindungan data peribadi, susulan skandal Cambridge Analytica yang menyaksikan maklumat puluhan juta pengguna Facebook digodam dan disalahgunakan.

Sumber: Agensi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sat, 20 Jul 2019

Buat Emoji Menggunakan Aplikasi Gboard

Pelekat emoji itu boleh diubah suai mengikut citarasa pengguna. Berikut cara-cara untuk membuat pelekat emoji dari aplikasi kekunci Gboard.

TECH Wed, 3 Jan 2018

11 Perkara Menarik Tentang Google Earth Sepanjang Tahun Lepas

Selamat ulang tahun pertama Google Earth!

TECH Wed, 25 Jul 2018

Honor Akan Bawa Telefon Pintar Gaming Ke Pasaran Malaysia 7 Ogos Nanti

Permainan video semakin popular dimainkan pada peranti mudah alih seperti telefon pintar. Kita sudah melihat pelbagai permainan video yang biasanya dimainkan pada komputer sudah dibangunkan untuk platform telefon pintar. Tidak mahu melepaskan peluang dalam pasaran tersebut, Honor telah […]

Events Thu, 31 Jan 2019
TECH Tue, 21 Aug 2018

Cara Mengesan lokasi Peranti Yang hilang Menggunakan SMS

Sedang cuba mengesan telefon pintar anda?Cubalah cara ini!

TECH Thu, 5 Jul 2018

Facebook Diserang Pepijat, Tarik Balik Sekatan Keatas Akaun Yang Disekat

Fungsi sekatan atau blocking yang terdapat pada tetapan Facebook sememangnya sangat berguna jika anda mahu mengelak daripada seseorang di platform berkenaan. Individu yang sudah disekat tidak boleh melihat apa-apa status anda di garis masa, tidak boleh menghantar […]

TECH Sat, 4 May 2019

Cara hilangkan iklan “Pop-up” pada Chrome

Semoga bermanfaat perkongsian daripada kami.

TECH Sun, 25 Nov 2018

‘Group Admin’ WhatsApp Boleh Senyapkan Ahli ‘Group’

WhatsApp atau Telegram semakin kerap digunakan sehingga kemudahan SMS kini semakin dilupakan. Menerusi aplikasi ini, pengguna dapat berhubung secara percuma selain dapat berhubung secara berkumpulan dengan fungsi Group yang terdapat dalam kebanyakkan aplikasi sembang yang ada sekarang. […]

TECH Wed, 16 Oct 2019

Guna Aplikasi ‘Body Shaming’ Boleh Didenda Dan Dipenjara

Ramai yang menggunakan medium ini untuk melakukan perkara tidak sepatutnya.

TECH Sun, 7 Jul 2019

Cara Terbaik Untuk Mengesan Kamera Tersembunyi Dalam Bilik

cara-cara mudah untuk mengesan kamera tersembunyi