Categories: TECHTech News

Cara Mendapatkan Semula Fail Yang Telah Terpadam Pada Adnroid Atau PC

Pernahkah anda panik kerana terpadam satu fail pada PC atau android anda?

Berikut kami kongsikan salah satu kaedah yang boleh anda cuba. Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah-langkah berikut.

Langkah 1

Pertama sekali muat turun dan pasang aplikasi Recuva File recovery pada PC windows anda dengan menggunakan pautan berikut.

Recuva File Recovery

Langkah 2

Seterusnya buka aplikasi tersebut, boleh sahaja pilih “All Files”.

Langkah 3

Seterusnya pilih lokasi pada PC anda yang ingin dikembalikan fail. Sekiranya fail tersebut ada dalam peranti pintar anda, pastikan anda menyambungkannya terlebih dahulu pada PC tersebut dan lokasinya perlu ditetapkan pada ruangan storan peranti tersebut.

Langkah 4

Seterusnya klik “Next” dan “Start” pastikan anda meaktifkan fungsi “Enabled deep Scan” terlebih dahulu.

tunggu sehingga prosesnya selesai, ianya mungkin akan memakan masa yang lama bergantung kepada kemampuan PC tersebut,

Anda akan dapati fail yang telah dipadam akan terkumpul pada satu paparan

 

Sekarang anda tidak perlu takut kehilangan fail yang anda telah terpadam. Selamat mencuba!

SGMS Putri