TECH By: SGMS Enal January 2, 2020 @ 11:55am

5 Gimbal Terbaik Bagi Telefon Pintar 2019

Telefon pintar pada masa kini sudah menjadi semakin baik dalam menstabilkan video dengan adanya Optical Image Stabilization dan Electronic Image Stabilization. Namun ia masih tidak dapat mengalahkan kecekapan dan kawalan gimbal.

Apabila anda memegang peranti sambil merakam video, pasti adanya pergerakan, gegaran dan sebagainya. Kegunaan gimbal sangat penting untuk membantu mengurangkan masalah tersebut dan menjadikan rakaman video anda lebih sempurna.

Bagi anda yang mencari penstabil gimbal, disini kami sediakan beberapa gimbal terbaik untuk telefon pintar anda.

1. DJI Osmo Mobile 3

 

Dengan gimbal 3-paksi yang berkesan mengurangkan gegaran rakaman, Osmo Mobile 3 menyampaikan imej yang sangat lancar dan stabil. Rekabentuk yang ringan dan ultra-responsive bertindak balas dengan pergerakan “real-time” dan membolehkan anda lebih fokus.

Osmo Mobile 3 mempunyai berat 405 gram dan rekaan yang boleh dilipat ini memudahkan anda untuk bawa kemana sahaja. Mod standby membolehkan telefon pintar digunakan apabila gimbalnya dilipat dan anda boleh memulakan rakaman semula dalam masa yang singkat. Gimbal ini juga mempunyai grip yang lebih ergonomik dan membolehkan anda memegang gimbal dalam masa yang lama dengan lebih selesa.

2. Zhiyun Smooth Q2

 

Melalui Smooth Q2, Zhiyun telah meningkatkan kekuatan dan ketahanan motor gimbal. Ini bermakna Q2 mempunyai muatan maksimum sebanyak 260 gram berbanding Smooth Q (200 gram) dan Smooth 4 (210 gram). Binaannya diperbuat daripada logam aluminium dan sedikit berat berbanding Osmo Mobile 3 iaitu 450 gram.

Mengikut data makmal, Q2 mampu bertahan sehingga 17 jam dengan bateri yang boleh dicas semula. Di samping itu, Q2 mempunyai port mikro USB yang membolehkan ia berfungsi dengan powerbank.

3. Feiyu VLOG Pocket

VLOG Pocket direka untuk merakam Vlog, dan merupakan gimbal boleh lipat paling ringan di pasaran. Dengan reka bentuk lipatan berbentuk sayap helang menjadikannya kecil dan mudah alih. Berbanding dengan gimbal biasa, mod rakaman dengan mudah boleh ditukar antara potret dan landskap tanpa perlu diimbangi.

Ia menyokong kamera terbina dalam telefon pintar, pengesanan objek pintar dan kapasiti muatan 240 gram.

4. Zhiyun Crane M2

Zhiyun Crane M2 mempunyai muatan maksimum 700 gram, iaitu sekitar dua kali ganda dari gimbal yang disenaraikan. Crane M2 sedikit berat berbanding senarai gimbal lain iaitu 500 gram dan mempunyai jangka hayat bateri yang lebih rendah iaitu hanya mampu bertahan sekitar 7 jam sahaja.

Menariknya, gimbal ini boleh diguna pada pelbagai peranti seperti telefon pintar, kamera aksi, kamera mirrorless dan sebagainya. Ia sangat sesuai bagi anda yang mahukan kuasa tambahan seperti lensa tambahan, lampu dan sebagainya.

5. Snoppa ATOM

Snoppa Atom merupakan gimbal telefon pintar 3-paksi ultra-mudah alih dengan rekaan penampilan yang boleh dilipat. Peranti kecil ini boleh dilipat kepada separuh saiznya. Dengan berat 440 gram, Atom menyokong lensa HD dan mikrofon. Ia mempunyai kapasiti muatan sehingga 310 gram dan mampu bertahan sehingga 24 jam dengan kapasiti bateri 2000 mAh.

Atom dilengkapi dengan pengecasan berwayar dan pengecasan tanpa wayar, yang membolehkan anda merakam tanpa perlu bimbang tentang kehabisan bateri. Ia dengan mudah boleh mengecas telefon anda dengan pengecasan tanpa wayar, atau mula mengecas ketika merakam.

Sumber:wiser.my & Mobile Motion

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Wed, 21 Mar 2018

Buka “Website” Yang Disekat Tanpa Sebarang Aplikasi

Bukan sahaja dapat membuka laman sesawang yang disekat, malah aktiviti anda juga tidak dapat dikesan.

TECH Tue, 18 Dec 2018

Lazada Saw 1.3 Billion Visits During 11.11 and 12.12 Sales

That’s a crazy amount of people visiting the website and app!

TECH Thu, 12 Jul 2018

SOCAR Now Offers One-Way Trips and Monthly Contest to Go ANYWHERE

Don’t you want to win a mystery adventure to anywhere around the world? More details inside!

TECH Fri, 28 Sep 2018

Tips Supaya Komputer Anda Tidak Terkena Virus

Tahukah anda salah satu mudahnya anda dijangkiti virus kerana anda mudah tertipu dengan iklan yang terdapat di dalam laman sesawang.

TECH Fri, 21 Dec 2018

Cara Memaksa Isyarat pada Android menjadi 4G Sahaja

Seperti yang kita tahu, rangkaian 4G mula berkembang di Malaysia. Bagi anda yang ingin mengunci telefon pintar ke dalam rangkaian 4G, inilah caranya.

TECH Tue, 24 Jul 2018

Kualiti Kamera DSLR Pada Telefon Pintar Menjelang Tahun Hadapan

Sony telah membawa satu berita baik bagi mereka yang gemar mengambil gambar menggunakan telefon pintar baru-baru ini. Sony mengumumkan mereka sedang dalam proses menghasilkan sensor kamera 48-megapiksel yang akan dijangka akan digunapakai pada peranti telefon pintar seawal

TECH Tue, 3 Jul 2018

Telekom Malaysia Akan Tawar Unifi 30Mbps Pada Harga Dibawah RM100

Satu pelan jalur lebar Unifi berkelajuan 30Mbps pada harga dibawah paras RM100 telah diumumkan oleh TM hari ini. Diletakkan sebagai pelan permulaan, ia memberikan penjimatan sebanyak 40% berbanding harga langganan sedia ada iaitu RM179. Pelan

TECH Thu, 12 Jul 2018

Penstrim Twitch Terkenal, Shroud ‘Diharamkan’ Selama 30 Hari

Michael “Shroud” Grzesiek atau dikenali dengan nama in-game Shroud dilaporkan telah diharamkan oleh PUBG setelah didapati melanggar peraturan di dalam permainan. Dia yang terkenal di kalangan pemain PUBG telah diletakkan bersama penggodam di dalam satu pasukan. Bagi

TECH Fri, 15 Dec 2017

Perkhidmatan TM WiFi Kini Dikenali Sebagai [email protected]

Dahulunya dikenali sebagai TM WiFi, ia merupakan satu perkhidmatan dari TM Malaysia yang menyediakan kemudahan WiFi untuk kawasan awam di lebih 4000 lokasi seluruh negara. Terbaru, syarikat komunikasi gergasi negara itu telah mengumumkan penjenamaan semula

TECH Wed, 1 Jan 2020

Guna Teknologi Pengimbasan Wajah Rekod Kehadiran Murid

Waa.. sekarang dah tak boleh ponteng sekolah.

| Live TV

error: Content is protected !!