Categories: TECH

Berkongsi Instagram Stories Dengan Close Friends Sahaja

Instagram Stories merupakan salah satu bentuk perkongsian pada Instagram yang membolehkan pengguna menerbitkan gambar dan video yang hilang dalam tempoh 24 jam. Walaubagaimanapun, setiap Stories yang diterbitkan boleh dilihat dan ditonton oleh semua rakan-rakan yang mengikut profil anda.

Namun, sekiranya anda hanya ingin memperlihatkan Instagram Stories kepada beberapa rakan terpilih, kini anda boleh melakukannya melalui ciri baru dinamakan Close Friends.

Bagi anda yang aktif menggunakan Instagram, kini anda boleh membuat senarai Close Friends dengan melawat profil anda, dan tap pada ikon “Senarai” pada bahagian paling atas.

Dihalaman berkenaan, pengguna boleh membuat beberapa senarai dan menambah rakan-rakan yang berkaitan dalam senarai berkenaan.

Seterusnya, ketika anda membuat Instagram Stories, anda akan diberikan pilihan sama ada menerbitkan ia pada Instagram Stories anda atau hanya kepada “Close Friends”.

Berbeza dengan perkongsian Instagram Stories biasa, sesuatu Instagram Stories yang ditujukan kepada anda melalui ciri “Close Friends” ini akan membawa lingkaran berwarna hijau.

Dengan ciri baru ini, ia sekaligus akan memudahkan lagi anda berkongsi sesuatu Instagram Stories dengan tujukan ia kepada sekelompok rakan-rakan sahaja, dan bukannya untuk semua pengikut anda di Instagram.

SGMS Enal