Categories: TECH

Buat Kod “Barcode” Menggunakan Android!

Kebanyakkan tempat menggunakan kod bar. Sama seperti di pasaraya, kod bar pada produk di scan untuk mengetahui berapa harganya. Untuk anda yang ingin membuat kod bar, sama ada bagi tujuan perniagaan ataupun untuk kegunaan peribadi, boleh sahaja menghasilkannya menggunakan peranti Android.

Caranya sangat mudah, ikuti sahaja lnagkah berikut.

Pertama sekali pasang aplikasi barcode generator daripada laman sesawangApkPure.com ataupun Playstore. Setelah siap dipsasang, mulakan pembinaan kod bar dengan menekan tombol berikut.

Klik pada Add Code kemudian pilih jenis kod bar yang anda inginkan

Lengkapkan segala informasi yang diperlukan pada ruangan berikut, kemudian “tick” pada ruangan atas sebelah kanan seperti berikut.

Anda akan dibawa ke bahagian preview kod tersebut, tap pada ikon Save, tetapkan nama yang sesuai untuk kod tersebut dan pilih Export, selesai.

Sumber: Wiser.my

SGMS Enal