Categories: LIFESTYLE

Kenapa Manusia Tepuk Tangan?

Setiap kali menjengah ke mana-mana konsert ataupun pertunjukan persembahan, penonton pastinya melakukan amalan kebiasaan iaitu bertepuk tangan terutamanya sejurus persembahan tamat. Perbuatan ini bukan sahaja dilakukan di dalam negara ini sahaja, malah turut diamalkan di seluruh dunia. Tambahan lagi, ia juga turut diamalkan oleh semua peringkat umur manusia.

Kenapa begitu?

Perbuatan menepuk tangan ini dilihat sebagai salah satu cara untuk menyatakan penghargaan terhadap sesuatu persembahan yang dinikmati atau sesuatu yang membawakan unsur positif kepada seseorang. Ianya juga dianggap sebagai perbuatan untuk memaparkan reaksi suka dan bangga kepada orang lain. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya sesuatu tempat seperti bangunan dewan atau stadium gemuruh dengan tepukan tangan daripada penonton kerana mereka sedang menikmati sesuatu persembahan yang menyenangkan.

Perbuatan menepuk tangan ini boleh dikatakan dilakukan pada setiap hari setiap kali melihat sesuatu yang menyenangkan. Namun begitu, pernahkah kita terfikir mengapa kita bertepuk tangan untuk menzahirkan rasa gembira atau bangga di dalam diri ?

Sejarah Awal Tepukan Tangan

Perbuatan tepukan tangan untuk menyatakan sesuatu penghargaan dipercayai berasal dari sebuah pementasan orang Roman pada tahun 3rd Bc, hasil penulisan penulis terkenal, Plautus. Bagi setiap persembahan, Plautus akan mengarahkan salah seorang daripada pelakon untuk berdiri dihadapan menghadap penonton dan berkata ‘valete et plaudite’ yang membawa maksud ‘selamat tinggal dan berikan penghargaan anda’.

Berdasarkan arahan tersebut, penonton yang terhibur akan memberikan reaksi bertepuk tangan dengan menemukan kedua-dua tapak tangan mereka bagi menghasilkan bunyi. Oleh itu, bunyi tepukan yang gemuruh akan terhasil sebagai salah satu penghargaan.

Sumber: Today I Found Out

SGMS Enal