Categories: TECHTech News

Cara hilangkan iklan “Pop-up” pada Chrome

Masalah Pop-up iklan sememangnya banyak ditetapkan pada laman sesawang bagi bertujuan untuk menjana pendapatan berdasarkan pengunjung yang membukanya.

Walaubagaimanapun, terlalu banyak “Pop-up” iklan akan menjengkelkan dan secara tidak langsung boleh mengganggu prestasi PC. Berikut kami kongsikan salah satu keadah yang boleh dicuba untuk menyekat “pop-up” daripada muncul pada laman sesawangtertentu.

Pertama sekali pergi ke menu Setting

Seterusnya skroll kebawah dan klik pada menuAdvanced

Kemudian pada menu Privacy and Security klik pada bahagian Content setting

Pilih menu “Pop-ups and Redirects”

Untuk laman yang sudah tersenarai, anda boleh sahaja menyekatnya menggunakan pilihan yang tersedia.

Ianya akan segera menyekat kesemua “pop-up” yang muncul pada laman tersebut.

Kepada laman yang belum tersedia, anda boleh masukkannya dengan klik pada tombol add

Kemudian masukkan URL bagi laman tersebut dan klik pada tombol add.

Selesai, maka laman yang telah anda senaraikan akan disekat “pop-up” yang muncul daripadanya.

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

By : TIPS GAJET
Sumber : wiser.my

SGMS Enal