WhatsApp belum lagi mengeluarkan mana-mana mod gelap terbina rasmi sama ada untuk platform Android, iOS, mahupun WhatsApp Web. Ura-ura mengatakan WhatsApp sedang menguji mod gelap ini pada peranti iOS. Namun untuk peranti Android, tiada berita berkenaan platform tersebut kedengaran. Akan tetapi, jika anda mahukan mod gelap pada WhatsApp Web, kami boleh tunjukkan caranya.
Sebelum itu, penafian bahawa ini bukan merupakan mod gelap rasmi tetapi hanyalah perisian tambahan yang dipasang kepada pelayar web. Cara-cara untuk pemasangan mod gelap ini akan ditunjukkan untuk jenis pelayar web Google Chrome dan juga Mozilla Firefox.
Google Chrome
Mozilla Firefox
Sebelum dan selepas pemasangan mod gelap.
Apa yang menarik melalui pemasangan ini adalah anda boleh menukar semula kepada stail putih biasa hanya dengan satu klikan. Untuk menukar pergi kepada extension dan klik “Turn all styles off” dan isi kandungan Whatsapp Web akan bertukar kepada putih semula.
Info tambahan: Selain menukar kepada mod gelap WhatsApp, anda juga boleh menukar kepada banyak lagi jenis tema dan modifikasi dari laman web, loading bar YouTube, Facebook dan lain-lain menerusi extension yang sama.
Kredit tutorial:wiser.my TheNextWeb
Ezzanie memegang watak Shahidah dalam Kuih Muah.
MasyaAllah, hebatnya perancangan Allah SWT🧡🧡🧡
Tahniah Uqasha & Kamal. Baby mesti cantik macam mak dia❤️❤️❤️❤️
Alahai Jayden! Makin besar, makin bijak soalan dia bikin min sebak🥺