Categories: TECH

Cara Merakam Video Secara Sembunyi Pada Android

Pada kebiasaannya apabila merakam video memerlukan paparan rakaman pada layar peranti, ini akan menyebabkan agak sukar untuk anda menyorok rakaman tersebut.

Berikut kami kongsikan cara untuk merakam video secara tersembunyi menggunakan peranti Android. Ikuti langkah berikut.

Langkah 1

Muat turun dan pasang aplikasi Quick Camera – Hidden Camera terlebih dahulu daripada laman sesawang apkpure.com , atau boleh sahaja menggunakan pautan dibawah

 

Quick Camera – Hidden Camera

Langkah 2

Buka aplikasi Quick Camera

 

 

Pilih bahagian Setting

 

Pilih sama ada ingin menggunakan kamera belakang ataupun depan

 

Pilih tahap kualiti video yang ingin dirakam

 

Langkah 3

Untuk memulakan proses rakaman secara rahsia, anda boleh sahaja klik pada ikon video recorder berikut

 

Untuk berhenti merakam, klik sahaja pada ikon tersebut sekali lagi.

 

Fail video rakaman tersebut akan disimpan di dalam galeri video peranti.

 

Sumber : wiser.my

SGMS Putri