Categories: Gaya Hidup

Bolehkah Anda Kenal Pasti Warna Bulatan-Bulatan Dalam Gambar Ini? Jawapannya Akan Memeranjatkan Anda

Ilusi optik selalu buat kita pening kepala, tapi bila dah tahu trick di sebaliknya, mesti anda rasa seronok, kan? Macam, “Ooh, tak sangka!”

Minggu lepas, ada satu lagi ilusi optik baru yang telah viral di laman media sosial. Ia datang daripada Dr David Novack dan dinamakan “Confetti.”

Cuba tengok gambar di atas, terutamanya 12 bulatan-bulatan itu. Bagi anda, adakah mereka nampak macam mereka mempunyai warna yang sama?

Jika ya, anda bukan berseorangan. Penulis pun ingat yang sama!

Suka hatilah nak percaya atau tak, tapi sebenarnya kesemua bulatan itu sama warna! Cuma anda terkeliru dengan adanya garisan-garisan berwarna yang merentasi bulatan tersebut.

Cuba tengok balik betul-betul.

Dr Novack berkata, semua bulatan itu berwarna “RGB 250, 219, 172” tapi dilihat sebagai 4 warna yang berlainan. Perbezaannya memang halus dan bergantung kepada saiz imej apabila dilihat.

Betul juga!

Gambar ini adalah satu contoh bagi ilusi Munker, atau ilusi Munker-White, yang ditunjukkan di bawah.

Foto: Zhengyi4411/Wikimedia Commons

Lihat garisan menegak yang berwarna kelabu itu. Jika anda tengok betul-betul, anda akan perasan yang ia sebenarnya mempunyai tona (shade) yang sama. 

Tapi mungkin kerana ia diselang-selikan dengan garisan hitam dan putih, tonanya nampak lain.

Profesor dari Denmark, Michael Back berkata, ilusi ini menunjukkan bagaimana persepsi sesuatu warna itu dipengaruhi oleh warna di sekelilingnya.

Anda boleh cuba zoom in ke bulatan-bulatan di dalam gambar Confetti, supaya mata anda dapat tangkap yang mereka sebenarnya satu warna semuanya.

Apa-apa pun, kepala anda mesti sakit memikirkannya. Sorry!

Sumber: Insider

Ad Ops