Categories: TECH

Cara Semak CCRIS Secara Dalam Talian

Apabila mahu membuat pinjaman di bank, dua terma CTOS dan CCRIS seringkali menjadi perhatian. Mungkin ada yang masih keliru antara CTOS dan CCRIS. Bagi mengelakkan kekeliruan, CTOS dan CCRIS adalah dua institusi yang berbeza.

Central Credit Reference Information System (CCRIS)

CCRIS atau Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat adalah sistem yang dibangunkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) di mana ia menggabungkan maklumat kredit individu yang pernah atau bakal membuat pinjaman.

Antara sumber perolehan maklumat kredit oleh CCRIS adalah institusi perbankan, broker insurans dan syarikat swasta seperti syarikat telekomunikasi dan lain-lain. Laporan kredit disimpan dan hanya kekal dalam tempoh 12 bulan.

ara semakan CCRIS secara atas talian

Berbeza bagi pendaftaran CTOS yang terus boleh dilakukan secara atas talian, anda perlu ke Pejabat Bank Negara Malaysia (BNM) atau Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) untuk memohon pin 6 digit bagi pendaftaran kali pertama eCCRIS.

Pada mulanya, anda perlu ke kiosk CCRIS untuk membuat pengesahan identiti termasuk kad pengenalan, cap ibu jari dan nombor telefon.

Kemudian, pin 6 digit akan dihantar ke nombor telefon yang telah didaftarkan.

Seterusnya, layari laman web eCCRIS untuk log masuk kali pertama dengan memasukkan butiran kewarganegaraan, nombor ID dan pin 6 digit.

Anda perlu menetapkan ID Pengguna dan kata laluan. Setelah itu, klik “Seterusnya”.

Di bahagian tetapan keselamatan, anda perlu memilih imej keselamatan dan menjawab soalan keselamatan serta tekan “Submit” setelah selesai.

Selepas proses pendaftaran selesai dilakukan, anda boleh log masuk eCCRIS dan mengakses laporan CCRIS pada bila-bila masa.

Sumber: CTOSeCCRIS , wiser

SGMS Enal