Categories: TECH

Cara Untuk Dapatkan FPS Tertinggi Semasa Bermain PUBG Mobile

Game mudah alih adalah rahmat kepada segenap lapisan kerana kini, semua orang boleh ber-gaming tidak kira masa dan tempat mahupun gajet yang digunakan. Namun begitu, akibat julat prestasi yang terlalu luas antara telefon dengan telefon, pengalaman gaming tentunya berbeza daripada pengguna dengan pengguna.

Contohnnya, PUBG Mobile (PUBGm) menyokong platform Android dan pemilik flagship sudah tentu menikmati pengalaman yang lancar ketika memainkannya. Bagaimana pula dengan golongan telefon kelas yang lebih bawah? Sudah tentu mereka ini terseksa dengan lag ataupun tahap FPS yang rendah.

Ini adalah cara untuk anda beroleh FPS tertinggi walaupun menggunakan telefon berspesifikasi rendah.

 

 

Redmi 5 dengan Snapdragon 450 berikan FPS yang tinggi ketiga bermian dengan GFX Tool

Caranya amat mudah, anda hanya perlu memasang APP GFX Tool yang boleh dimuat turun di Google Play.

Dalam APP itu, anda akan dihidangkan dengan pelbagai pemboleh ubah untuk mengoptimumkan pengalaman ber-PUBGm anda.

Berikut adalah tetapan yang disarankan:

  • Select Version: (GP)
  • Graphics: So Smooth
  • FPS: 60fps
  • Graphics API: OpenGL 2.0

Sesudah menetapkannya, tekan butang Accept, kemudian Run Game.

Dalam PUBGm kebali semula ke ruangan Setting dan anda akan dapati yang lebih banyak pemboleh ubah boleh dimainkan berbanding sebelumnya.

Sebelum GFX Tool

Selepas GFX Tool

Tapi, sebelum melakukan tetapan diatas, anda perlu pastikan yang APP PUBGm sudah dimatikan dan ia tidak berjalan di background.

Memang dalam PUBGm sendiri, dalam ruangan Setting, anda boleh tetapkan kualiti gambar dan kadar FPS, tapi pilihan yang ada bergantung pada spesfikasi telefon yang dikesan APP PUBGm.

Apa yang dilakukan APP GFX Tool adalah menipu APP PUBGm dengan menghantar isyarat yang anda bermain menggunakan telefon flagship. Maka, PUBGm tidak lagi menyembunyikan tetapan yang ada pada ruangan Setting.

 

Sumber: SoyaCincau.com.my

Rosli Ab Rahman