Categories: TECHTech News

Cipta Aplikasi Dating Yang Cuma Pilih Dia Seorang Saja

Pernahkah anda merasa hidup bersendirian atau hidup dalam status single pada masa yang lama?

Anda tidak perlu risau lagi dengan adanya media sosial serta pelbagai aplikasi dating seperti Tinder yang boleh membantu anda bertemu dengan pasangan hidup anda.

Namun lain pula ceritanya dengan lelaki kelahiran Carolina Utara yang berpendapat bahawa aplikasi dating yang sedia ada tidak menunjukkan ciri wajahnya dengan jelas.

Disebabkan tidak mahu bersaing dengan sesiapa, Smith dengan bantuan rakan baiknya iaitu jurutera perisian mencipta satu aplikasi dating untuk dirinya sendiri yang dikenali sebagai ‘Singularity’.

Dalam aplikasi tersebut, wanita yang mendaftar aplikasi ini akan dipaparkan dengan semua koleksi  gambar Smith seperti gambar dirinya memegang gitar, memakai pakaian santa, dan banyak lagi gambar yang mana khas untuk tontonan wanita sahaja.

Tambah Smith lagi, wanita tidak perlu membuang masa untuk sapu skrin ke kanan kerana semua gambar lelaki yang dipaparkan adalah gambar beliau.

Sumber : People

SGMS Enal