Categories: TECH

Facebook Boleh Jejak Lokasi Pengguna Walau Matikan Tetapan ‘Location’

Mungkin ramai diantara kita yang tidak tahu bahawa kita sedang diintip oleh Facebook. Betul ke? Ya, pihak Facebook telah menghantar dua surat perakuan mengenai mereka mengetahui jejak lokasi di tempat pengguna Facebook.

Paling peliknya,  walaupun sudah melakukan penutupan pada tetapan, mereka masih dapat mengesan. Lebih menggerunkan apabila pihak Facebook masih tahu butiran pengguna walaupun sudah dinyahaktifkan.

Menurut petikan Daily mail, rangkaian media sosial tersebut menghantar surat sebagai tindakan kepada Senator Republik Amerika meminta maklumat kepada mereka. Hal ini membuatkan pihak Senator meminta untuk Kongres mengambil tindakan tentang hal ini.

Facebook berhenti menjejaki data lokasi khusus apabila pengguna memilih keluar tetapi ia mengakui bahawa ia boleh menyatukan pelbagai maklumat untuk menentukan di mana mereka berada.

Ia ingin mengetahui butiran bagaimana Facebook mengesan lokasi pengguna, termasuk apabila akses lokasi dan sejarah lokasi dinyahaktifkan.

“Kami menghargai percubaan Facebook untuk memberi pengguna secara proaktif tentang pilihan privasi mereka. Bagaimanapun, kami bimbang Facebook mungkin tidak menawarkan pengguna untuk tingkatkan pengawalan yang dimiliki oleh perusahaan tersebut tulis para senator.

Sekiranya pengguna memutuskan untuk mengehadkan akses Facebook ke lokasinya, Facebook harus menghormati pilihan privasi ini.

Undang-undang privasi dikuatkuasa tahun hadapan

Facebook baru-baru ini berkata bahawa ia sudah bersedia untuk undang-undang privasi data yang akan berkuatkuasa di negeri asal California pada awal tahun depan.

Akta Privasi Pengguna California (CCPA) akan memberi pengguna internet hak untuk melihat apa data yang dikumpulkan oleh syarikat teknologi tinggi dan dengan siapa ia dikongsi.

Sumber: Daily Mail

SGMS Enal