Categories: TECHTech News

iflix Free – Bolehkan Anda Strim Secara Percuma

Medium penstriman video dalam talian tempatan, iflix, kini memberi peluang kepada rakyat Malaysia menonton kandungan mereka secara percuma.

Menerusi pengumuman yang di Twitter, platform versi percuma tersebut diberi nama sebagai iflix Free telah diperkenalkan. Melaluinya, akses percuma diberikan kepada beberapa kandungan yang dilabel  sebagai”Free”.

iflix Malaysia

@iflixMY

Get ready for awesomeness. The greatest is coming to you free!

Sepertimana yang telah diwar-warkan beberapa bulan lalu, iklan akan mula dipaparkan untuk membolehkan versi ini ditawarkan secara percuma.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan akses penuh iflix, anda boleh membuat langganan bermula dari RM10 untuk bulanan atau membayar RM96 untuk tahunan.

Sumber: Lowyat.net

SGMS Putri