Categories: TECH

IMBASAN TAPAK TANGAN HADIAH DARI SAMSUNG

Bersesuaian dengan tagline jenama ini sendiri iaitu “imagine”. Samsung seperti sudah dapat menjangkakan bahawa jenama ini bakal mengeluarkan satu lagi telefon pintar baharu yang lebih bercirikan teknologi dihujung jari.

Kalau Apple memperkenalkan sistem thumbprint dan face ID untuk Iphone keluaran terbarunya, kali ini Samsung pula bakal menaik taraf telefon keluarannya dengan memperkenalkan sistem imbasan tapak tangan. Menarik bukan?

Sumber : Hangat. Com & Sammobile

 

Kenapa Imbasan Tapak Tangan?

Bagi Samsung, imbasan tapak tangan merupakan suatu idea yang baru. Ini kerana, setiap orang di dunia mempunyai garis tapak tangan yang berbeza dan ini dapat membantu seseorang itu untuk mengecam dan membuka password pada telefon masing-masing tanpa di sabotaj oleh orang lain.

Bagi Samsung, melalui cara ini pengguna juga boleh mendapatkan semula kata laluan dengan mengimbas tapak tangan sendiri melalui kamera yang terdapat pada peranti telefon tersebut. Seterusnya, mempamerkan tanda untuk  kata laluan penggunanya.

Mesti ramai pengguna tegar jenama ini sudah tidak sabar menunggu kan? dan jika telefon pintar ini sudah berada di pasaran, kami seperti sudah dapat target sambutan pengguna terhadap model telefon pintar ini. Syabas Samsung!

Salma Syahbuddin