Pernahkah PC anda diserang Virus dan Malware? Virus dan Malware sememangnya sinonim kepada pengguna PC jenis Windows. Walaupun kebanyakan daripadanya tidaklah merbahaya, namun kehadiranya sangat menjengkelkan pengguna.
Berikut kami kongsikan 4 cara virus memasuki sesebuah peranti.
1. Memuat turun aplikasi yang telah dijangkiti
Sebelum anda memuat turun sebarang aplikasi daripada internet, pastikan ianya betul – betul boleh dipercayai. Sekiranya sumber tidak jelas, berkemungkinan ianya telah dipasang dengan virus.
2. Membuka lampiran atau “Attachment” pada E-mail
Sekiranya anda menerima sebarang E-mail yang mencurigakan, adalah lebih baik diabaikan sahaja. Kerana banyak kes yang melibatkan kecurian maklumat akibat daripada kiriman e-mail yang mengandungi virus.
3. Tidak mengemaskini perisian Anti Virus
Sangat penting untuk anda mengemaskinikan antivirus, kerana virus yang menjangkiti peranti selalu dinaiktaraf fungsi oleh pembangunnya. Oleh itu jangan pandang enteng akan perkara ini.
4. Memasukkan Thumbdrive yang telah dijangkiti pada PC
Cara ini adalah yang paling banyak menjangkiti komputer jenis Windows. Langkah pencegahannya adalah bergantung kepada antivrus yang anda gunakan, pastikan ianya setiasa dikemaskini.
Selamat mencuba!
Puteri Sarah dah lama move on kan. Korang ni pun?❤️❤️❤️
Ruhainies hanya jalani kehidupan macam biasa
Ruhainies cakap views IG dia berjuta ya... takkan tak ada sorang yang positif kot..
Ruhainies harap semua pihak dapat move on. Tak mahu panjangkan isu.
Save the date!
Mungkin ini yang terbaik untuk Syasya 🫶🏼