TECH By: SGMS Putri July 18, 2018 @ 11:13am

Korea Selatan Bakal Muncul Sebagai Negara Pertama Dengan Sambungan 5G

Sambungan 5G semakin hampir menemui pengguna telefon pintar apabila terdapat beberapa penyedia perkhidmatan telekomunikasi sedang dalam proses menghasilkan perkhidmatan tersebut. Ia melibatkan kerjasama pelbagai pihak antaranya syarikat pengeluar peranti, pembangun sistem cip serta penyedia perkhidmatan talian mudah alih.

Hal ini juga telah berlaku di Korea Selatan apabila tiga penyedia perkhidmatan talian mereka, SK Telecom, KT dan LG U+ telah bersetuju untuk bekerjasama dalam membangunkan teknologi 5G di negara berkenaan, lapor sebuah akhbar tempatan. Ini bertujuan bagi melonggarkan sedikit persaingan antara penyedia perkhidmatan di sana.

Menteri Sains Korea, You Young-min komited kerjasama berkenaan akan menjadikan negara tersebut sebagai negara pertama yang mempunyai sambungan 5G secara meluas menjelang tahun 2020. Korea juga dijangka akan melancarkannnya buat kali pertama pada bulan Mac tahun hadapan.

Berikutan itu, syarikat pengeluar peranti terkenal Korea Selatan, Samsung sedang berusaha untuk menjadi antara pengeluar pertama yang menghasilkan peranti yang menyokong sambungan 5G. Mereka telah pun menguji perkhidmatan berkenaan bersama Mobile TeleSystems(MTS) pada awal bulan ini.

Sekiranya sambungan 5G ini boleh mula digunakan kelak, ia dijangka akan memberikan internet dengan kelajuan 20 kali lebih pantas berbanding 4G yang digunakan pada hari ini. Diharapkan agar Malaysia juga tidak akan ketinggalan terlalu lama untuk menikmati sambungan ini.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Thu, 13 Sep 2018

Cara Untuk “Force Restart” iPhone 8 dan iPhone 8 Plus

Anda perlu ‘Restart’ Iphone anda?Bacalah info ini!

TECH Thu, 29 Nov 2018

Serba boleh! Aplikasi Android ini mempunyai 48 fungsi penting

Tidak perlu memuat turun banyak aplikasi! Hanya dengan satu aplikasi mempunyai 48 fungsi yang berbeza.

TECH Sat, 14 Jul 2018

Huawei Mate 20 Pro Dijangka Menggunakan Skrin Dwi-Lengkung OLED

Huawei Mate 20 merupakan salah satu daripada peranti kelas perdana yang paling ditunggu-tunggu pada tahun ini. Ini kerana jualan Huawei Mate 10 adalah sangat memberansangkan dan ia termasuklah jualan bagi Huawei Mate 10 Porsche Design. Semasa dilancarkan, peranti Mate 10 menggunakan […]

TECH Sun, 11 Mar 2018

Cara Membuka Aplikasi Pada Android Dengan Kaedah Imbasan Cap Jari

Kepada pengguna Android, berikut adalah satu kaedah mudah untuk membuka aplikasi kegemaran anda dengan hanya satu sentuhan cap jari.

TECH Thu, 26 Sep 2019

「小丑」潘尼怀斯造型夜灯!夜里发光的眼睛超恐怖~

「小丑」潘尼怀斯造型夜灯!夜里发光的眼睛超恐怖,你确定真的敢用「他」吗?

TECH Wed, 4 Jul 2018

Promosi Tiket Wayang RM 7 Sahaja Dengan Pembelian Menerusi E- Dompet Touch ‘n GO

Bosan dan tidak tahu untuk buat apa dihujung minggu? Anda mungkin boleh luangkan masa untuk menonton wayang dan nikmati promosi Legendary 7 dari Touch ‘n Go. Promosi ini dilihat sebagai salah satu cara Touch ‘n […]

Events Fri, 1 Nov 2019

Samsung Galaxy Note 10; The Phone That Captures Moments, Not Photos

Don’t leave home without it! Galaxy Note10|10+ is that phone!

Automobile Sat, 30 Jun 2018

7月1日起六地方政府「不必再刮泊车固本」

只需下载「精明雪兰莪泊车」手机应用程式,即可缴付雪州6地方政府泊车费!

TECH Mon, 1 Oct 2018

Ketahui Lokasi Android Anda Dengan Hanya Sekali “Klik”

Bagaimana hendak ketahui lokasi android anda dengan hanya satu klik?Ketahuinya di sini.

TECH Thu, 5 Jul 2018

NVIDIA GTX 1160 Keluar Hujung Tahun Ini?

NVIDIA memperkenalkan kad grafik dengan senibina Pascal lebih dari 2 tahun lalu. Dalam tempoh tersebut, kedudukan NVIDIA sebagai pengeluar kad grafik dengan pelbagai kelas sukar dicabar lebih-lebih lagi pencabar terdekat mereka, AMD. Tahun 2018 membawa […]