Categories: TECH

Lubnan Kenalkan Caj Panggilan Guna Internet

Kerajaan Lubnan pada Khamis meluluskan bayaran perkhidmatan sebanyak US$ 0.20 sehari bagi panggilan menerusi aplikasi WhatsApp dan Internet lain, lapor agensi berita Xinhua.

“Keputusan itu dibuat oleh Kabinet bukan Kementerian Telekomunikasi,” kata menterinya Mohammad Choucair yang dipetik saluran televisyen LDC.

Awal bulan ini, Choucair mengumumkan pendapatan sektor telekomunikasi menurun 30 peratus antara 2016 dan 2017 berikutan pengguna aplikasi mudah alih mengurangkan penggunaan.

Keputusan itu akan menyebabkan bil pengguna pada setiap bulan ditambah sebanyak enam dolar US.

Kerajaan pula memperoleh pendapatan tambahan sebanyak US$ 250 juta setahun.

Sumber : Bernama

SGMS Enal