Hebat..Anak Scha Al-Yahya Dah Mula Tunjuk Bakat!

Siapa tak kenal Lara Alana (5 tahun), anak kepada pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya?  Baru-baru ini video lamanya sedang beraksi seperti seorang ‘beauty influencer‘ di muatnaik ke dalam akaun instagram Lara dan rata-rata terhibur dengan keletahnya.

#majorthrowback masa saya mula-mula nak jadi ‘beauty influencer‘ dulu”, kapsyen ringkas posting tersebut. 

 

Di dalam video tersebut, Lara atau nama penuhnya Lara Alana binti Ahmad Awaluddin sedang memperkenalkan warna-warna gincu bibir dan ada ketika dia meletakkan gincu di hadapan tapak tangan persis seorang professional beauty influencer di YouTube!

Wow, it smells good!” ucapnya dalam bahasa Inggeris sambil membuka penutup gincu tersebut. 

“Comel jer buat tangan gitu. Pro sangat eh?” 

“Pandainya Lara…abislah make up mommy nanti..” antara komen-komen yang ditinggalkan di posting instagram tersebut yang mendapat 147 ribu ‘views’ dari netizen yang turut memuji Lara sebagai ‘pandai’ dan ‘comel’.  

Mungkin satu hari nanti si cilik ini bakal mengikuti jejak langkah ibu dan ayahnya yang juga dikira pasangan ‘influencer‘ di Malaysia. 

Del14