Categories: TECH

Masukkan “Subtitle” Pada Video Yang Dimuat Naik ke Youtube

Kepada anda yang baru berjinak – jinak sebagai “Youtuber” berikut kami kongsikan satu tutorial ringkas untuk anda memasukkan sari kata pada video yang anda muat naik pada saluran Youtube anda.

Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah berikut.

Pertama sekali masuk ke menu Creator Studio pada bahagian ikon profil.

Seterusnya pilih menu Video Manager untuk melihat kesemua video yang telah anda muat naik sebelum ini.

 

Kemudian klik pada ikon edit dan pilih menu subtitle/cc

 

Klik pada tombol Add new subtitle or cc dan pilih bahasa apa yang ingin diterjemahkan pada video tersebut.

 

Sekiranya anda ingin memasukkan Subtitle secara manual, klik pada tombol Cerate new subtitle or cc.

 

Anda akan dibawa ke menu suntingan sari kata. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan memainkan video tersebut dan “pause” pada bahagian yang anda ingin masukkan subtitle.

 

 

Setelah selesai memasukkan sari kata yang diinginkan, klik sahaja pada tombol Publish.

 

Berikut adalah contoh video yang telah siap disunting.

sumber : wiser.my

SGMS Putri