Categories: TECH

Menghapuskan Folder Kosong Pada Android

Memang seronok menggunakan Android, terutamanya dengan pelbagai permainan yang disediakan, namun tahukah anda bahawa setiap kali aplikasi di padam akan meninggalkan folder kosong dan beberapa file “sampah” yang akan menjejaskan prestasi peranti.

Berikut kami kongsikan cara mudah dan berkesan untuk memadam folder kosong yang tersisa dalam peranti Android.

Pertama sekali pasang aplikasi Empty Folder Cleaner daripada APKpure.com

 

Seterusnya, untuk memadam folder kosong, anda boleh memasukkan direktori tertentu ataupun pilih sahaja mod default

 

Jika ingin  “scan” folder kamera sahaja, anda boleh tap ikon tiga titik pada sebelah kanan atas dan pilih Photos Folder. Maka secara automatik direktori akan berubah menuju folder kamera.

 

Seterusnya tap pada fungsi Clean dan tunggu sehingga selesai. dengan itu peranti anda akan dibersihkan sepenuhnya oleh folder yang tidak berguna.

Itulah sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Sumber : wiser.my

SGMS Putri