PTPTN ada mengeluarkan aplikasi mudah alih atau apps yang bertujuan untuk menyenangkan para peminjam PTPTN dan pendeposit SSPN bagi membuat semakan. Namun begitu, difahamkan bahawa pada 2018 atau secara tepatnya 28 November 2018, hanya aplikasi bagi platform Android sahaja yang dikeluarkan.
Namun, pada 10 Jun 2019, PTPTN berjaya membekalkan aplikasi yang sama bagi platform iOS sekaligus melengkapkan keperluan mudah alih pengguna mereka.
Mungkin kerana kekurangan informasi, atau hebahan, aplikasi ini kurang mendapat perhatian pengguna
Menurut laman web PTPTN, aplikasi itu akan memudahkan pengguna untuk membuat semakan penyata dan beberapa ciri lain lagi.
Bagaimanapun, terdapat sedikit kelecehan apabila pengguna perlu hadir ke kaunter untuk membuat pendaftaran.
Bagi membolehkan proses pendaftaran, peminjam perlu hadir sendiri ke mana-mana kaunter PTPTN berhampiran bagi membuat pendaftaran. Setelah selesai, barulah aplikasi itu boleh dimuat turun ke telefon pintar (atau barulah boleh register di telefon pintar).
Untuk menikmati kemudahan melalui aplikasi mudah alih PTPTN ini, peminjam perlu hadir sendiri ke mana-mana kaunter PTPTN yang berhampiran terlebih dahulu untuk membuat pendaftaran aplikasi mudah alih PTPTN ini. Selepas pendaftaran selesai, aplikasi mudah alih PTPTN boleh dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store.
Adalah diharapkan dengan pelancaran aplikasi mudah alih PTPTN ini dapat membantu peminjam PTPTN dan pendeposit SSPN membuat semakan maklumat dengan mudah dan pantas.
Langkah-langkah di dalam gambar diatas yang disediakan oleh PTPTN sangat jelas, namun dibawah ini kami sediakan rekod bertulis yang lebih senang untuk dibaca.
Jawapannya tidak. Menurut beberapa kepilan gambar dan butiran di Apps Store, aplikasi ini tidak boleh digunakan untuk membuat bayaran atau mungkin belum lagi. Tapi pembayaran boleh dibuat menerusi laman sesawang https://mypay.dapat.com/ptptn.
Untuk memuat turun aplikasi PTPTN boleh ikuti link dibawah:
Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.com.paradigm.wawasanptptn&hl=en
Ezzanie memegang watak Shahidah dalam Kuih Muah.
MasyaAllah, hebatnya perancangan Allah SWT🧡🧡🧡
Tahniah Uqasha & Kamal. Baby mesti cantik macam mak dia❤️❤️❤️❤️
Alahai Jayden! Makin besar, makin bijak soalan dia bikin min sebak🥺