Categories: AutomobileTECH

Proton Wira ‘Enjin Standard’ Ini, Pernah Diuji Michael Schumacher

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kereta Nasional Malaysia telah mendapat pujian ramai orang di luar sana, ada yang kagum dengan pencapaian singkat Proton walaupun masih ada sedikit kekurangan yang menjadi bahan hinaan segelintir rakyat sendiri.

Tahukah anda pernah berlaku satu peristiwa yang tidak disangka pada apabila Pemandu kereta Fomula 1 terkemuka dunia, Michael Schumacher  pernah menguji kehebatan Proton Wira 1.8 DOHC satu ketika dahulu.

Ternyata prestasi kereta ‘enjin standard’ ini berjaya membuatkan perlumba Formula 1 itu kagum dengannya walaupun sudah berusia 7 tahun ketika itu dan diguna amat lasak dalam sukan Rally, jadi tidak hairanlah sehingga kini masih begitu ramai meminati model Wira 1.8 EXi DOHC ini walaupun pengeluarannya adalah pada tahun 1995 lalu.

Mana tidaknya, sebuah kereta ‘nampak biasa’ ini mampu mencapai ‘top speed’ 236km/j ], jom kita baca perkongsian otai Suriya Sankaran yang merupakan bekas pelumba Rally tentang kisah di yang berada di sebelah Michael Schumacher ketika pemandu Formula 1 dengan gelaran 7 kali gelaran juara dunia memandu kereta Proton Wira satu ketika dulu.

Proton Wira 1.8 DOHC ini yang digunakan untuk perlumbaan Rally of Perlis pada tahun 1997-2000, pernah juga di pandu uji oleh Michael Schumacher dengan secara tidak dirancang, dari hotel Pan Pacific, Sepang menghala ke Cyber Jaya Lodge, setelah tamat Press Conference Malboro dengan pihak media. 

Kelajuan maksimum yang dicapai oleh Michael ialah 236km/j dengan Proton Wira ini. Kenderaan ini adalah standard production, cuma diubah-suai dengan peralatan keselamatan, seperti Roll-cage, sistem brake, suspension dan 4 points safety belt-harness

SGMS Putri